Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Permintaan tinggi bagi tiket Avengers: Endgame jejas laman pawagam S'pura

Puluhan peminat Marvel di Singapura berasa kecewa pada Rabu (10 Apr) apabila laman beberapa pawagam terjejas ekoran permintaan tinggi bagi penjualan awal tiket filem Avengers: Endgame.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan tinggi bagi tiket Avengers: Endgame jejas laman pawagam S'pura

(Gambar: Laman Shaw Theaters, Marvel)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 11:11PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 11:13PM

SINGAPURA: Puluhan peminat Marvel di Singapura berasa kecewa pada Rabu (10 Apr) apabila laman beberapa pawagam terjejas ekoran permintaan tinggi bagi penjualan awal tiket filem Avengers: Endgame.

Penjualan tiket bagi filem blokbuster itu ditawarkan secara online dan juga langsung di kaunter pawagam pada 9.30 pagi di semua pawagam.

Filem itu, yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam Singapura pada 24 Apr, mencetuskan beribu-ribu tiket dibeli secara online dalam masa hanya beberapa jam tiket itu mula dijual.

Seorang jurucakap Golden Village berkata bahawa laman syarikatnya mengalami "trafik yang amat tinggi" disebabkan oleh "permintaan yang tidak pernah berlaku" bagi tiket, sekali gus menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa.

Jurucakap itu menambah bahawa lebih 15,000 tiket Avengers: Endgame dijual dalam tempoh satu jam tiket mula dijual di Golden Village. Jumlah itu melepasi rekod penjualan awal tiket bagi sesebuah filem sebelum ini.

Malah, para pelanggan beratur awal untuk mendapatkan tiket di semua 13 cawangan Golden Village sebelum pawagam itu dibuka.

Beberapa pembaca kami yang cuba membeli tiket dari laman Golden Village mengalami masalah bayaran, namun jurucakap syarikat itu berkata khidmat lamannya sudah beroperasi seperti biasa. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan