Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Permainan video Sims 4 papar watak, pakaian Muslim

Bagi penggemar permainan video dan komputer, permainan The Sims terbitan Maxis pasti tidak asing lagi. Kemaskini terbaru sempena ulang tahun kelima Sims 4 menarik perhatian kerana memaparkan ciri-ciri berilhamkan kebudayaan masyarakat Muslim.

Anggaran Waktu Membaca:
Permainan video Sims 4 papar watak, pakaian Muslim

Petikan skrin permainan The Sims 4

Diterbitkan : 07 Sep 2019 11:42PM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 11:45PM

BERITAmediacorp: Bagi penggemar permainan video dan komputer, permainan The Sims terbitan Maxis pasti tidak asing lagi.

Pelbagai judul baru dan kemas kini sudah diterbitkan bagi siri permainan popular jenis simulasi itu yang membolehkan pemain merancang dan 'menjalani' kehidupan watak-watak dalam alam maya itu.

Namun kemas kini terbaru sempena ulang tahun kelima Sims 4 menarik perhatian atas sebab yang boleh disifatkan sebagai positif.

Laman VG24/7 melaporkan kemas kini percuma itu membawa kandungan baru yang mengenalkan konsep budaya masyarakat Islam.

Ia termasuk pakaian seperti hijab dan seni bina Islam.

"Menyertakan elemen pakaian dan seni bina yang diilhamkan budaya Islam adalah peluang bagi sebilangan dari pasukan (penerbit) untuk belajar dari masyarakat lain dan memberikan cara baru bagi para pemain untuk menghidupkan kisah-kisah yang lebih relevan dengan kehidupan mereka sendiri," salah seorang penerbit permainan itu berkongsi dengan laman Shacknews.

Meskipun mungkin dipandang sesetengah pihak sebagai satu langkah yang agak kecil, ia juga boleh dilihat sebagai satu lagi perkembangan memaparkan elemen-elemen berkaitan masyarakat dan gaya hidup Islam secara positif kepada masyarakat lebih meluas. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan