Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perjanjian eksport Laksa Sarawak dijangka wujudkan trend makanan baru di S'pura

Sekatan perjalanan berikutan COVID-19 membuka peluang kepada sajian paling popular di Sarawak untuk menembusi pasar raya Singapura dan menawan selera rakyat negara itu, selain dijangka mewujudkan trend makanan baru menyusuli perjanjian eksport Pes Laksa Sarawak.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian eksport Laksa Sarawak dijangka wujudkan trend makanan baru di S'pura

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 08:16PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 08:20PM

KUCHING: Sekatan perjalanan berikutan COVID-19 membuka peluang kepada sajian paling popular di Sarawak untuk menembusi pasar raya Singapura dan menawan selera rakyat negara itu, selain dijangka mewujudkan trend makanan baru menyusuli perjanjian eksport Pes Laksa Sarawak.

Menurut Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura dalam kenyataannya, perjanjian pengedaran itu dimeterai antara MUSC Industries Sdn Bhd (MUSC), pengeluar makanan diproses berpangkalan di Sarawak dan pengedar Bountiful Harvest Pte Ltd, syarikat milik rakyat Sarawak yang berpangkalan di Singapura.

“Tahun ini, STATOS melihat situasi di Singapura -- seperti tempoh pemutus litar -- mencetuskan minat terhadap Laksa Sarawak. Kami berharap ini akan menjadi titik perubahan untuk memberi inspirasi kepada trend makanan baru dan hidangan fusion untuk sajian Sarawak. 

“Banyak gerai Laksa Sarawak di Singapura mencatatkan peningkatan jualan tiga kali ganda sejak beberapa bulan lepas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan.

STATOS membuka laluan kepada lebih banyak pengeluar makanan Sarawak untuk terlibat dalam perjanjian perdagangan baru melalui aktiviti dan perkhidmatan padanan perniagaan untuk memadankan entiti Sarawak dan Singapura.

“Memandangkan sektor makanan diproses Sarawak mempunyai potensi yang besar di Singapura, STATOS mengalu-alukan kemasukan mana-mana barangan makanan diproses Sarawak yang mempunyai pembungkusan berkualiti dan sijil yang diperlukan,” kata Encik Chew.

Sementara itu, Pengasas Bersama MUSC Vincent Chong berkata syarikat itu berhasrat untuk mempopularkan sajian Sarawak di pasaran Singapura, bermula dengan pes Laksa Sarawak, yang akan memberi laluan kepada produk lain seperti Sambal Belacan, Kari Kepala Ikan dan pes Masak Merah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan