Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Peringkat separuh akhir peraduan cungkil bakat suara 'Si Feri' diadakan hari ini

Peringkat separuh akhir bagi peraduan mencungkil bakat suara bagi buku audio Siri Feri Mengembara Ke Negara ASEAN, akan diadakan dari 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peringkat separuh akhir bagi peraduan mencungkil bakat suara bagi buku audio Siri Feri Mengembara Ke Negara ASEAN, akan diadakan dari 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini (19 Sep).

Peraduan online sempena sambutan Bulan Bahasa 2020 itu akan disiarkan secara langsung melalui Zoom ke laman Facebook Pesta Buku Melayu Singapura dan Facebook rasmi Wisma Geylang Serai.

Seramai 11 peserta bertanding untuk menjadi bakat suara bagi siri buku kanak-kanak yang akan diterbitkan pada tahun depan dengan kerjasama penerbit Zikrul Bestari dari Indonesia.

Sebelum ini, para peserta mengirimkan rakaman suara mereka membaca buku Feri Si Kapal Pesiar dengan sebutan baku. Mereka juga menghadiri latihan membaca dengan baik melalui kelas Zoom dengan seorang artis suara yang berpengalaman.

Peraduan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu - peserta berusia bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai S$300 dan dipilih untuk merakam suara mereka bagi buku audio Siri Si Feri.

Tiga peserta daripada setiap kategori akan dipilih untuk pusingan akhir yang akan diadakan esok (19 Sep) dari pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Menurut Pengarah Pustaka Nasional, Encik Syed Ali Semait, tujuan peraduan itu diadakan adalah untuk menonjolkan karya tulisan yang boleh diadaptasi ke buku audio dan e-buku dengan pelibatan artis suara untuk menambah nilai sesebuah karya penulisan.

"Sesiapa saja yang ingin menceburi kerjaya sebagi artis suara ada potensi untuk suaranya digunakan dalam pelbagai produk seperti buku audio, e-buku bersuara, animasi dan juga filem," ujar Encik Syed Ali.

Tetamu terhormat bagi peraduan yang akan diadakan esok ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan