Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pereka fesyen Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun

Pereka fesyen terkenal Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun pada Selasa (29 Dis), menurut laporan Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka fesyen Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun

Gambar fail pereka fesyen Pierre Cardin. (Gambar: Reuters/Charles Platiau)

Diterbitkan : 30 Dec 2020 10:36AM Dikemas Kini : 30 Dec 2020 10:41AM

PARIS: Pereka fesyen terkenal Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun pada Selasa (29 Dis), menurut laporan Reuters.

Sepanjang kerjayanya lebih 60 tahun, beliau dikenali kerana keberanian dalam menjalankan perniagaan serta berupaya mempengaruhi dunia fesyen dengan rekaan mencerminkan masa depan.

Mendiang juga pernah menjadi mentor kepada pereka fesyen terkenal lain seperti Jean Paul Gaultier yang kerap menghadiri pesta dan acara fesyen.

"Terima kasih Encik Cardin kerana membukakan pintu dan mewujudkan impian saya," tulis Gaultier dalam satu catatan Twitter.

Mendiang Cardin adalah pereka pertama yang menjual koleksi pakaian di gedung beli-belah pada akhir 1950-an.

Cardin juga adalah jenama fesyen pertama menebarkan sayap untuk menjual minyak wangi, aksesori pakaian dan makanan.

Malah, perkembangan jenama Pierre Cardin waktu itu mendorong jenama lain seperti Armani, Bvlgari dan Gucci untuk mula menjual produk-produk lain seperti cokelat dan kaca mata hitam.

Walau bagaimanapun, usaha Pierre Cardin waktu itu tidak disenangi para pengkiritik yang menuduh beliau merosakkan jenama mewahnya.

"Saya mempunyai pemikiran sendiri untuk memasarkan nama saya. Apakah wang yang merosakkan idea seseorang?

"Saya sama sekali tidak mengimpikan wang tetapi sementara saya bermimpi, saya menghasilkan wang. Ini tidak pernah tentang mendapatkan wang," kata beliau dalam satu temu bual pada 2007 sebagai menjawab kritikan itu. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan