Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pereka fesyen ini hasilkan pelitup guna lebih 300 mutiara!

Ini mungkin pelitup paling mahal yang pernah anda ketahui. Harganya mencecah hampir S$13,000! Ada sebabnya...

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka fesyen ini hasilkan pelitup guna lebih 300 mutiara!

Pelitup ini dihasilkan menggunakan lebih 300 mutiara. (Petikan gambar dari video South China Morning Post)

Diterbitkan : 20 Jul 2020 10:52PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 10:55PM

TOKYO: Ini mungkin pelitup paling mahal yang pernah anda ketahui. Harganya mencecah hampir S$13,000! Ada sebabnya...

Bukan seperti pelitup yang biasa-biasa anda lihat, ia dihasilkan menggunakan lebih 300 mutiara asli yang terdiri daripada empat saiz berbeza.

Bukan itu sahaja, setiap 'pelitup mewah' ini mengambil masa tiga hari untuk disiapkan kerana ia dijahit menggunakan tangan.

Inilah hasil daya inovasi seorang pereka fesyen Jepun.

"Syarikat saya dibangunkan sejak ayah saya masih lagi ada dan kami membuat aksesori di Tokyo selama 35 tahun. Saya ingin menghasilkan produk yang khususnya diperbuat daripada bahan-bahan asli Jepun. Maka itu saya menghasilkannya dengan menggunakan mutiara," kata Cik Rieko Kawanishi, pereka fesyen Les Halles Tokyo Inc.

Beliau baru-baru ini diwawancara agensi berita South China Morning Post.

"Saya ingin menghasilkan pelitup yang lain daripada lain, jadi saya reka pelitup mutiara."

KULIT KELIHATAN CANTIK SELEPAS DIPAKAI

Satu perkara menarik tentang pelitup mutiara ini adalah, kulit pengguna akan terasa berlainan setelah memakainya.

Hanya mutiara Akoya digunakan untuk menghasilkan pelitup tersebut, iaitu sejenis mutiara yang dihasilkan dalam keadaan sekitaran terkawal.

"Apabila saya mencubanya di muka saya, peliknya terasa lembut, dan kulit kelihatan cantik dan mulus. Jadi saya ingin menyebarkan mesej tentang mutiara Akoya yang mudah dan senang dipakai. Saya merekanya dengan konsep ini," terang Cik Rieko Kawanishi kepada SCMP.

Pelitup mutiara ini, tambah beliau, boleh dipakai sebagai rantai.

"Anda boleh memakainya lalu tampil di sebuah pesta. Anda boleh buat kejutan. Dan apabila anda tidak mahu terus-menerus memakainya, anda boleh menggunakannya sebagai rantai."

Pelitup mutiara ini dijual pada harga ¥1,000,000 (S$12,980).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan