Images
Pereka fesyen di Taiwan ini dapat inspirasi daripada wayar, bolt lama
TAIPEI: Inspirasi bagi fesyen mewah kadangkala boleh terpacul dari idea-idea aneh.
Bagi seorang pereka fesyen di Taiwan, inspirasinya - menggunakan wayar dan bolt lama dari industri kuasa untuk menambah seri rekaannya.
Semua alat itu pernah digunakan sehingga 30 tahun lantas warnanya yang sudah berubah seolah-olah memberikan rasa baru.
Barangan yang digunakannya dijahit pada pakaian rekaannya, memberikan satu keunikan serta ciri-ciri futuristik.
Taiwan merupakan destinasi popular untuk para pelancong yang minat pada fesyen dan ia berjaya menganjurkan Minggu Fesyen Taipei secara online, menunjukkan usahanya untuk menyebarkan minat kepada fesyen.
- REUTERS/HK/na