Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Penyelidik S'pura cipta alat kesan penyakit berkaitan jantung

Tidak lama lagi, para doktor boleh memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengesan serangan jantung dengan lebih tepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2021 07:07PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 09:33PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, para doktor boleh memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengesan serangan jantung dengan lebih tepat.

Ini dengan bantuan alat AI hasil kerjasama Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Politeknik Ngee Ann dan Pusat Jantung Kebangsaan Singapura.

Ia bukan saja mempercepatkan lagi proses diagnosis tetapi juga rawatan masalah jantung.

Alat AI itu boleh menganalisa bacaan mesin ECG yang memantau isyarat elektronik daripada jantung pesakit.

Ia dipadankan dengan corak isyarat para pesakit jantung.

Berdasarkan kajian sebelum ini, kadar ketepatan alat itu melebihi 98.5 peratus.

Namun lebih banyak data perlu dikumpulkan dan ini mungkin mengambil masa lagi dua tahun sebelum ujian klinikal dapat dimulakan. 

Sumber : CNA/IZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan