Images
  • drone pineapple stems
    (Gambar: Reuters)

Penyelidik M'sia ubah sisa nanas jadi bahan pakai buang dron

BANGI: Para pengkaji Malaysia mencipta kaedah untuk mengubah serat dari daun nanas yang lazimnya dibuang, menjadi sebuah bahan utuh yang boleh digunakan untuk membina rangka dron.

Projek itu yang dipengerusikan Profesor Mohamed Thariq Hameed Sultan di Universiti Putra Malaysia, cuba mencari penggunaan mapan bagi sisa buah nanas yang dihasilkan oleh para petani di Hulu Langat, iaitu sebuah kawasan yang terletak sekitar 65 kilometer dari Kuala Lumpur.

"Kami mengubah daun buah nanas menjadi serat yang boleh digunakan dalam aplikasi aeroangkasa, untuk mencipta sebuah dron," katanya kepada wartawan Reuters ketika ditemui di sebuah bengkel.

Prof Mohamed Thariq berkata dron-dron yang diperbuat daripada bahan bio-komposit mempunyai nisbah kekuatan-ke-berat yang lebih tinggi berbanding serat sintetik dan ia juga lebih murah, ringan dan mudah untuk dihapuskan.

Jika dron rosak, rangkanya boleh ditanam dan ia akan hapus dalam tempoh dua minggu, katanya.

Dron-dron prototaip juga dapat terbang pada ketinggian sekitar 1,000 meter dan kekal di udara selama sekitar 20 minit, katanya.

Sebelum projek itu dilancarkan pada 2017, batang-batang nanas dibuang selepas tempoh penuaian sekali dalam setahun namun para petani berharap projek dron itu dapat menggalakkan lebih banyak inovasi untuk mencari kegunaan lain bagi sisa-sisa nanas dan menambahkan pendapatan.

"Dengan isu kesihatan, masalah ekonomi akibat COVID-19, masyarakat terdesak dan tiada jalan alternatif untuk menambah pendapatan mereka," kata petani nanas Encik Irwan Ismail.

- REUTERS/HA/ha

Top