Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Penghantar makanan Hadi Rosman tanam azam jadi rakyat S'pura pertama tawan ekspedisi Fjallraven Polar

Setelah dua tahun mengembara ke enam negara di merata dunia, Encik Mohd Ali Al-Hadi Rosman kini semakin mencapai impiannya - menjadi rakyat Singapura yang pertama merentasi Artik dalam cabaran Fjallraven Polar.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan Hadi Rosman tanam azam jadi rakyat S'pura pertama tawan ekspedisi Fjallraven Polar

(Gambar: Hadi Rosman)

Diterbitkan : 28 Jan 2020 03:26PM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 08:32PM

SINGAPURA: Setelah dua tahun mengembara ke enam negara di merata dunia, Encik Mohd Ali Al-Hadi Rosman kini semakin mencapai impiannya - menjadi rakyat Singapura yang pertama merentasi Artik dalam cabaran Fjallraven Polar.

Sungguhpun demikian, penghantar makanan Foodpanda berusia 37 tahun itu berkata bahawa beliau tidak menjalani sebarang latihan khusus bagi ekspedisi mencabar sejauh 300 kilometer itu pada Mac.

"Sebagai seorang penghantar makanan, saya banyak berjalan dan kadangkala naik turun tangga untuk menghantar makanan, jadi itulah latihan saya," seloroh Encik Hadi Rosman.

Lagipun, penggemar sukan lasak itu percaya bahawa setiap kali beliau mendaftarkan diri bagi sesi pengembaraan, ia seperti satu latihan baginya.

Tahun lalu sahaja, beliau mengembara ke lima negara berbeza - Thailand, Denmark, Indonesia, Sweden dan Korea Selatan - meliputi perjalanan sejauh 341 kilometer.

Namun ekspedisi pada Mac ini, yang dianjurkan setiap tahun oleh syarikat jenama pakaian lasak Fjallraven dari Sweden adalah sesuatu yang jauh lebih mencabar.

22 peserta - yang dipilih daripada lebih 2,000 pemohon dari 94 negara - akan gelongsor di kawasan yang diliputi salji selama enam hari iaitu dari Signaldalen, Norway ke Vakkarajarvi di Sweden.

Mereka akan diiringi oleh sekitar 200 anjing gelongsor yang terlatih.

Encik Hadi kini sedang mempersiapkan diri untuk mengharungi ribut salji dan suhu 30 darjah Selsius di bawah sifar, yang digambarkannya sebagai paling mencabar.

SEORANG PENGEMBARA DENGAN GAYA HIDUP SEDERHANA

Encik Hadi sudah biasa membuat perubahan. Dua tahun lalu, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai teknisyen dalam industri minyak dan gas - untuk menimba pengalaman baru.

Sejak itu, pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan amat sesuai dengannya kerana ia membolehkannya bekerja di mana sahaja dan masa bekerja juga fleksibel.

"Sudah tentu, setiap pekerjaan ada baik dan buruknya. Meskipun saya tidak perlu mengira hari cuti yang perlu diambil, sebagai seorang penghantar makanan, beliau tidak mempunyai pendapatan yang stabil," kongsinya.

Secara purata, Encik Hadi bekerja selama lapan jam setiap hari, enam hari seminggu. Namun, jika wang simpanannya mula berkurangan, beliau akan bekerja sehingga 10 jam sehari untuk meraih pendapatan tambahan.

Beliau juga amat berhemat dengan perbelanjaannya dan menjalani gaya hidup yang sederhana supaya dapat menampung hobinya.

Namun bagi ekspedisi ini, kos penerbangan dibiayai oleh Fjallraven, yang juga menyediakan para peserta dengan baju sejuk dan kelengkapan pengembaraan.

Sumber : Today/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan