Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Penggunaan pelitup secara meluas boleh cegah gelombang kedua COVID-19: Kajian

Pemakaian pelitup secara meluas oleh seluruh penduduk boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 ke paras terkawal bagi epidemik-epidemik nasional, menurut satu kajian Britain yang diterbitkan pada Rabu (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Penggunaan pelitup secara meluas boleh cegah gelombang kedua COVID-19: Kajian

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 10 Jun 2020 11:36AM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 11:42AM

LONDON: Pemakaian pelitup secara meluas oleh seluruh penduduk boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 ke paras terkawal bagi epidemik-epidemik nasional serta boleh mencegah gelombang selanjutnya bagi pandemik itu apabila digabungkan dengan langkah sekatan pergerakan, menurut satu kajian Britain yang diterbitkan pada Rabu (10 Jun).

Kajian itu yang diterajui oleh para saintis di Universiti-universiti Cambridge dan Greenwich di Britain, menunjukkan bahawa sekatan pergerakan sahaja tidak akan menghentikan kemunculan semula virus korona baru SARS-CoV-2 itu, namun pemakaian pelitup boleh mengurangkan kadar jangkitan dengan banyak jika cukup ramai orang memakainya di tempat-tempat awam.

"Analisis kami menyokong penggunaan pelitup yang diamalkan secara serta-merta dan meluas oleh orang awam," kata Dr Richard Stutt, yang mengetuai bersama kajian itu di Cambridge.

Beliau berkata dapatan itu menunjukkan jika penggunaan pelitup secara meluas digabungkan dengan langkah jarak sosial dan beberapa peraturan sekatan, ia mungkin "satu cara yang boleh diterima pakai bagi menangani pandemik itu dan membuka semula kegiatan ekonomi" jauh lebih awal sebelum vaksin berkesan terhadap COVID-19 dicipta dan disediakan kepada umum.

Hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal saintifik "Proceedings of the Royal Society A".

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengemas kini garis panduan pada Jumaat (5 Jun) untuk menyarankan agar pemerintah seluruh dunia meminta setiap orang memakai pelitup kain di tempat-tempat awam yang mempunyai risiko jangkitan bagi membendung penularan virus itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan