Images
  • public transport
    Para penumpang di sebuah stesen kereta api. (Gambar fail: TODAY)

Pengguna Fitbit kini boleh imbas jam bayar tambang bas, kereta api

SINGAPURA: Para penumpang kini boleh menggunakan alat Fitbit mereka untuk membayar tambang bas dan kereta api. Demikian menurut pengumuman syarikat pengeluar alat penjejak kesihatan itu pada Selasa (14 Mei).

Syarikat tersebut antara lain, mengeluarkan alat-alat yang biasa dipakai sehari-hari atau 'wearable' dalam bentuk seperti jam.

Khidmat bayaran tambang menggunakan Fitbit buat masa ini ditawarkan bagi pemegang Mastercard OCBC dan United Overseas Bank. Mereka boleh menyimpan maklumat kad debit atau kredit mereka menggunakan ciri Fitbit Pay Wallet dan mengimbas Fitbit yang dipakai di pergelangan tangan mereka pada alat pengimbas tambang.

Ciri edompet Fitbit itu terdapat pada model-model Ionic, Versa dan Charge 3.

Langkah ini sejajar dengan daya usaha SimplyGo oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang membolehkan para penumpang menggunakan kad bank tanpa sentuh bagi pembayaran tambang. Ini bermakna mereka tidak perlu menyimpan kad tambang berasingan atau menokok nilai kad tambang sebelum melakukan perjalanan.

Pengarah Fitbit bagi rantau Asia Tenggara, Hongkong dan Taiwan Encik Louis Lye berkata: "Warga Singaprua sentiasa mendakapi teknologi baru yang memudahkan kehidupan. Kami berbesar hati untuk menyertai inisiatif SimplyGo yang membawa kami setapak lebih dekat ke arah masyarakat bebas wang tunai."

- TODAY/TQ/tq

Top