Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Pengganas mungkin guna permainan online untuk rancang serangan

Pihak pengganas mungkin menggunakan permainan online untuk berkomunikasi dalam rangkaian mereka bagi merancang serangan, menurut Agensi Keselamatan Siber Indonesia (BSSN) pada Khamis (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2018 08:22PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 09:15PM

JAKARTA: Pihak pengganas mungkin menggunakan wadah-wadah permainan online untuk berkomunikasi dalam rangkaian mereka bagi merancang serangan. Demikian menurut Agensi Keselamatan Siber Indonesia (BSSN) pada Khamis (12 Jul).

Jurucakap agensi itu, Anton Setiawan, memberi amaran tersebut selepas tanda-tanda menunjukkan serangan pengganas di Paris pada November 2015 mungkin dirancang menerusi kod-kod pesanan di sebuah konsol PlayStation 4.

Namun menurut Setiawan, adalah sukar untuk pihak berkuasa bertindak segera bagi mencegah permainan-permainan online disalahgunakan oleh pengganas kerana ia amat popular terutama sekali di kalangan belia.

BSSN kini bekerjasama dengan para penyelidik dan pakar untuk mengesan kegiatan pengganas seawal yang mungkin termasuk di wadah permainan online dan aplikasi perhubungan yang lain.

Agensi itu juga meningkatkan kerjasama anti-pengganasan di peringkat antarabangsa terutama sekali dengan rakan-rakannya di Malaysia dan Singapura.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan