Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengemis di China kini terima derma tanpa tunai, menerusi kod QR

Anda ingin menderma kepada para pengemis atau gelandangan tetapi tidak mempunyai wang tunai? Tiada masalah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengemis di China kini terima derma tanpa tunai, menerusi kod QR

Gambar hiasan. (Gambar: JOHANNES EISELE / AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 06:30PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 06:37PM

CHINA: Anda ingin menderma kepada para pengemis atau gelandangan tetapi tidak mempunyai wang tunai? Tiada masalah.

Kini, pengemis di China mula menerima derma yang disalurkan menerusi pembayaran mudah alih dengan mengimbas kod QR di telefon bijak.

Jinan, sebuah bandar di wilayah Shandong di Timur China, di mana pengemis selalu berada di kawasan popular di kalangan pelancong seperti Wangfu Pool, kini menggunakan pembayaran mudah alih untuk meningkatkan peluang mendapat derma dari orang ramai.

Para pengemis ini akan meletakkan kod QR di mangkuk derma mereka. Kod QR membolehkan sesiapa yang memuat turun aplikasi pembayaran mudah alih seperti Alipay oleh Alibaba Group ataupun Tencent WeChat Wallet untuk mengimbas kod dan mengirim jumlah bayaran kepada akaun pembayaran mudah alih si pengemis, seperti yang dilaporkan IBTimes.

Ini menandakan bahawa pengemis harus mampu untuk membeli telefon bijak. Menurut media tempatan China, ini bukanlah sesuatu yang ganjil.

Dalam kes pengemis yang ditemui di Jinan, media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut mengalami gangguan mental, dan keluarganya membantunya untuk membuat kod QR untuknya.

Namun begitu, firma pemasaran digital China Channel mendakwa, bahawa penggunaan kod QR untuk mengemis bukanlah sesuatu yang berniat baik. Firma tersebut mendakwa kebanyakan pengemis di Beijing sebenarnya dibayar oleh perniagaan tempatan dan syarikat-syarikat pemula untuk mempromosikan kod QR dan menarik perhatian pejalan kaki untuk mengimbasnya.

Pengimbasan tersebut digunakan untuk perniagaan bagi mendapatkan data pengguna dalam ID WeChat pengguna. Apabila semuanya dikumpul, senarai ID WeChat boleh dijual kepada perniagaan-perniagaan kecil, yang menggunanya untuk mengirim pengiklanan dalam aplikasi.

Ini sama seperti sedikit masa dulu di mana syarikat-syarikat menggunakan alamat emel pengirim dan nombor telefon.

Idea tersebut tercetus dengan menarik rasa simpati orang ramai terhadap pengemis dan mengimbas kod QR. Pengguna tidak menyalurkan apa-apa wang tetapi kod QR tersebut merujuk kepada profil WeChat pengguna yang khusus. Mereka digalakkan untuk menyokong pengemis kerana mereka tidak perlu membayar apa-apa - hanya perlu mengimbas kod QR dan pengemis akan dibayar untuk setiap pengimbasan.

Pengemis "bekerja" selama 45 jam setiap minggu dan setiap kod QR yang diimbas mendapat RMB 0.7 sehingga RMB 1.5 (S$0.10 - S$0.30).

Secara purata, pengemis menerima satu imbasan setiap 2.5 minit, yang secara purata setiap bulan dianggarkan mencapai RMB4,536 (S$920), jumlah yang tidak banyak tetapi gaji yang mencukupi berbanding gaji minimum di negara, menurut IBTimes. 

Sumber : Agensi berita/FA/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan