Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengantin wanita batalkan perkahwinan selepas dapati bakal suami botak

Seorang doktor di India nekad mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali langsung selepas ditinggalkan pengantin sebenar atas alasan beliau botak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin wanita batalkan perkahwinan selepas dapati bakal suami botak

Ravi Kumar (kanan) mengahwini Neha Kumari (kiri) selepas pengantin perempuannya membatalkan perkahwinan mereka yang dirancang. (Gambar: Dainik Bhaskar)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:33PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:19AM

PATNA, INDIA: Seorang doktor di India nekad mengahwini seorang wanita yang tidak dikenali langsung selepas ditinggalkan pengantin sebenar atas alasan beliau botak.

Menurut laporan media tempatan, pakar neurologi Dr Ravi Kumar melalui perjalanan lebih 1,000 kilometer dari New Delhi ke kampung Saugauli di Bihar pada 18 Februari lalu untuk menyambut hari istimewa itu.

Pihak lelaki sudahpun mengaturkan pernikahan itu sejak setahun sebelumnya selepas bapa pengantin wanita menjadi mesra dengan keluarga Dr Kumar dek berkali-kali menumpang di rumahnya.

Majlis perkahwinan pada mulanya berjalan lancar seperti yang dirancang dengan kehadiran para tetamu, demikian dilaporkan Dainik Bhaskar.

Suasana girang mengisi majlis perkahwinan dengan pasangan mempelai itu selesai menjalani upacara menyarungkan kalung bunga.

Namun, hari bersejarah tersebut berubah ‘tragedi’ selepas Dr Kumar menanggalkan hiasan kepalanya.

Pengantin perempuan dikatakan terkejut apabila melihat kepala bakal suaminya yang hampir botak.

Keadaan bertambah buruk apabila wanita tersebut enggan berkahwin dengan lelaki berkenaan meskipun dipujuk keluarganya kedua-dua pihak untuk mengubah keputusan itu.

Susulan insiden memalukan itu, keluarga pengantin lelaki bertindak meminta bantuan pemimpin kampung kerana Dr Kumar enggan pulang ke bandar tanpa 'isteri' di sisinya.

Mereka mencadangkan Dr Kumar mengahwini anak seorang penjual sayur yang miskin.

Gulf News melaporkan , pasangan itu mengikat tali perkahwinan mereka di Kuil Ramjanki disaksikan keluarga pihak lelaki dua hari selepas majlis asal dibatalkan.

Gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan pengantin lelaki penuh kemeriahan tetapi isterinya pula kelihatan kurang senang dengan perkahwinan yang serta merta itu, demikian menurut Dailymail.

Meskipun kelihatan pelik, insiden sedemikian bukan kali pertama berlaku di India.

Menurut Gulf News, insiden seurpa berlaku di daerah Nawada di Bihar beberapa hari lalu di mana pengantin perempuan enggan berkahwin dengan pasangannya kerana beliau jatuh sakit pada hari pernikahan mereka. Media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut dibawa ke hospital untuk dirawat tetapi pengantin perempuan tetap berkeras membatalkan perkahwinan mereka. 

Sumber : Agensi berita/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan