Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengantin 'kahwin pandu lalu' di Kluang tular di media sosial

Pasangan pengantin baru, Cik Norazura Mohd Ali dan Encik Agus Santoso tidak menyangka majlis perkahwinan mereka secara ‘drive thru’ atau pandu lalu pada Sabtu lepas, di Jalan Sawi, di sini tular sekali gus menjadi perhatian warga media sosial, baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin 'kahwin pandu lalu' di Kluang tular di media sosial

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Jul 2020 12:09AM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 12:12AM

KLUANG: Pasangan pengantin baru, Cik Norazura Mohd Ali dan Encik Agus Santoso tidak menyangka majlis perkahwinan mereka secara ‘drive thru’ atau pandu lalu pada Sabtu lepas, di Jalan Sawi, di sini tular sekali gus menjadi perhatian warga media sosial, baru-baru ini.

Menurut Cik Norazura, 36, yang juga dikenali sebagai Wawa, pada mulanya majlis berkenaan hanya dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Katanya, beliau bersama suami, Encik Agus, 28, menyatakan majlis yang diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir, tidak disangka menjadi tular setelah pada asalnya cadangan majlis berkenaan hanya dilakukan dengan cara mengagihkan makanan secara bungkus kepada jiran, rakan-rakan serta saudara terdekat.

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak bersetuju apabila memikirkan banyak kerja perlu dilakukan untuk mengagihkan makanan selain mengenangkan ramai rakan-rakan dan saudara mara mahu datang sendiri melihat kami berdua di majlis perkahwinan kami.

“Saya dan suami berbincang dengan jurugambar dan juru andam untuk mengadakan majlis secara pandu lalu ini, yang dlihat sesuai dilakukan selain tidak melanggar SOP,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini (2 Jul).

Cik Norazura berkata ahli keluarga termasuk ibunya, Cik Khatija Awang, 66, pada mulanya agak keberatan untuk melaksanakan konsep kahwin pandu lalu itu, namun setelah beberapa kali berbincang, akhirnya dipersetujui selain mendapat kebenaran pihak polis.

Katanya, pelbagai perancangan awal dilakukan untuk menyusun atur perjalanan majlis termasuk memberitahu tetamu bahawa majlis yang dilaksanakan terbabit menggunakan konsep pandu lalu.

"Selain itu, kami turut meletakkan pusat sehenti untuk pemeriksaan suhu badan serta pendaftaran kehadiran, tempat agihan makanan dan yang terakhir berswafoto dengan pengantin hanya dari dalam kereta,” katanya.

Cik Norazura juga tidak menyangka majlis yang berkonsepkan pandu lalu itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Majlis pernikahan pasangan terbabit diadakan pada 27 Jun lepas di Pejabat Agama Daerah Kluang. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan