Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengambilan haiwan peliharaan, peraduan ikan paling cantik di PetExpo 2019

Pameran haiwan peliharaan tahunan terbesar Singapura kembali hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengambilan haiwan peliharaan, peraduan ikan paling cantik di PetExpo 2019

(Gambar: PetExpo/Facebook)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 01:18PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 01:22PM

SINGAPURA: Pameran haiwan peliharaan tahunan terbesar Singapura kembali hujung minggu ini.

Jika anda meminati si makhluk comel berbulu atau lebih tepat lagi - kucing atau pencinta kehidupan laut bersisik atau ikan - sesuatu menarik menanti anda.

Edisi ke-6 PetExpo akan menampilkan dua peraduan bagi ikan peliharaan - Guppy Challenge dan National Betta Competition - yang akan berlangsung pada pagi Jumaat (12 Apr) hingga Ahad (14 Apr) di dewan 7 Singapora Expo.

Peraduan Guppy Challenge, anjuran Kelab Gupi Singapura akan memaparkan pelbagai jenis ikan gupi - salah satu spesies ikan akuarium yang juga dikenali sebagai ikan pelangi.

Sementara itu, edisi ke-13 pertandingan National Betta anjuran Kelab Betta Club Singapore pula bakal menyaksikan ikan-ikan laga Siam "bertarung" di dalam air. Sekitar 200 peserta tempatan dan luar negara dijangka membawa ikan masing-masing ke pertandingan itu. Para pengunjung boleh melihat pertandingan 33 kategori itu di lebih 600 tangki ikan tersedia.

Selain ikan, sekumpulan peminat burung kakak tua - Flightmasters - akan turut mengendalikan pameran pelbagai spesies burung berkenaan. Pondok bergambar juga disediakan. Malah, orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan terbang burung makaw di tempat itu.

Memandangkan kebanyakan haiwan peliharaan adalah kucing dan anjing, PetExpo akan menawarkan bengkel, ceramah serta pameran mengenai cara-cara menghias, menjinakkan dan mencantikkan haiwan-haiwan berkenaan. Satu latihan pengambilan haiwan peliharaan juga bakal diadakan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Edisi tahun ini, bertemakan kesihatan dan kesejahteraan, akan menyorotkan siri ceramah termasuk dalam soal pemakanan asas serta respons perubatan haiwan peliharaan.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan