Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Peminat setia Trump? Lelaki tatu rambut mirip wajah presiden itu

Dengan pelbagai tindakan penuh kontroversi yang diambil Presiden Donald Trump sejak pelantikannya November lalu, ramai yang tidak puas hati terhadapnya. Namun ramai juga yang meminatinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat setia Trump? Lelaki tatu rambut mirip wajah presiden itu

Tatu rambut mirip Presiden Trump. (Gambar: XB Hair Allen/Facebook)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 07:57PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 08:34PM

TAIWAN: Dengan pelbagai tindakan penuh kontroversi yang diambil Presiden Donald Trump sejak pelantikannya November lalu, ramai yang tidak puas hati terhadapnya. Namun ramai juga yang meminatinya.

Ada pula yang sanggup melakukan apa jua untuk menunjukkan sokongan mereka kepada presiden Amerika Syarikat yang ke-45 itu.

Di Changhua, Taiwan, gambar seorang lelaki menjadi viral di media sosial disebabkan fesyen rambutnya yang lain daripada yang lain. Dengan tatu rambut potret Donald Trump di belakang kepalanya, tidak hairanlah lelaki itu mengundang perhatian pelbagai netizen.

Menurut Huffington Post, Gambar lelaki itu dimuat naik kedai gunting rambut XB Hair Salon seawal bulan September tetapi baru-baru ini menjadi viral.

Siap dengan jambul emas yang menjadi antara ciri unik ketrampilan presiden tersebut, tatu rambut itu hasil seni tangan Allen Chen, salah seorang penggaya rambut di salon berkenaan.

Encik Chen memberitahu Huffington Post bahawa hanya dengan berbekalkan sepasang gunting dan sekeping gambar, beliau boleh menghasilkan tatu rambut menurut kemahuan pelanggan dalam tempoh tiga jam.

Malah, bukan sahaja Presiden Trump, tetapi juga watak-watak terkenal lain seperti Bruce Lee, Mickey Mouse, Lion King, Mona Lisa dan Winnie the Pooh merupakan antara hasil karya Encik Chen.  

Sumber : Agensi berita/SM
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan