Images
  • lazada mediacorp

Pembelian tunggal bernilai $21,892 dicatatkan semasa Jualan Lazada 8.8

SINGAPURA: Setelah kejayaan gemilang Jualan Hari Kebangsaan 8.8, Lazada dan Mediacorp sekali lagi bekerjasama bagi Jualan Jenama Besar LazMall 9.9 dan Pertunjukan Teknologi Online, yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 September ini.

Namun sebelum ini, mari kita lihat beberapa fakta dan maklumat menarik tentang penjualan 8.8 yang lalu sebagai panduan kepada apa yang boleh dijangkakan semasa penjualan 9.9 kelak.

Jumlah masa membeli-belah oleh para pelanggan sempena Jualan Hari Kebangsaan 8.8 Lazada: 500,000 jam

Tempahan tunggal terbesar: S$21,892

Pembelian popular: Pembersih vakum tanpa wayar Airbot Supersonics. televisyen digital bijak Prism+ E55 4K UHD Smart Digital, set kecantikan Skin Inc Get Glowy, Cheong Kwan Jang Korean Everytime Balance Red Ginseng, Puregold SG Flower dan SG Orchid Gold Bar serta beg sandang Samsonite Teresina

Jumlah orang yang menurunkan harga bagi rakan mereka dalam permainan Slash It!: 85,000

Bagi penjualan 9.9 nanti, pembeli boleh menjangkakan lebih banyak tawaran hebat yang serupa, permainan menyeronokkan dan kandungan hiburan sambil membeli-belah yang menarik.

LazMall, pusat beli-belah maya terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 18,000 jenama antarabangsa dan tempatan, juga akan menyediakan pelbagai jenis tawaran yang tiada tandingannya.

Jualan Jenama Besar LazMall 9.9 juga akan meliputi Pertunjukan Teknologi Online Lazada yang diadakan setiap tiga bulan dan dikhususkan buat barangan elektronik.

Sekarang ini, anda boleh membeli-belah barangan pra-jualan pada tawaran hebat dengan meletakkan deposit serta mengumpulkan baucar pada masa-masa tertentu setiap hari bagi digunakan semasa hari jualan nanti.  

- TODAYonline/FZ/fz

Top