Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelbagai makanan, buah-buahan, destinasi pelancongan ditawarkan dalam Pesta M'sia 2019

Pernahkan anda merasai buah 'tarap' dan buah 'kristal'? Dua jenis buah eksotik dari Sabah dan Sarawak itu menjadi antara tarikan utama ekspo pengguna, Pesta Malaysia 2019. Ia akan berlangsung selama empat hari di Singapore Expo bermula Khamis (24 Julai) ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pernahkan anda merasai buah 'tarap' dan buah 'kristal'? Dua jenis buah eksotik dari Sabah dan Sarawak itu menjadi antara tarikan utama ekspo pengguna, Pesta Malaysia 2019.

Ia akan berlangsung selama empat hari di Singapore Expo bermula Khamis (24 Julai) ini.

Dengan 90,000 pelawat dijangka mengunjungi pesta tahun ini, gerai-gerai dibahagikan kepada tujuh kelompok, iaitu kecantikan dan fesyen, makanan popular, jenama selebriti, makanan dan buah-buahan, trak makanan, pelancongan dan perkhidmatan.

Dianjurkan buat tahun keempat, para pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak lagi produk berasaskan pertanian serta produk-produk baru dari 13 negeri Malaysia.

TIADA DURIAN, TAPI PRODUK LAIN AMBIL TEMPATNYA

Bagi anda pencinta durian yang berharap menikmati buah tersetut di Pesta tersebut, anda akan sedikit kecewa. Ini kerana buah durian dikecualikan daripada pameran tahun ini.

Bagiamanapun para pengunjung tetap boleh menikmati durian dalam bentuk lain, iaitu menerusi kopi durian yang akan dibawa masuk dari Selangor.

"Jadi keistimewaan kesemua produk-produk yang datang dari seluruh 14 negeri ini akan dihidangkan di sini, di Malaysia Fest," kata Encik Ishak Ismail, Pengerusi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Anda boleh mengenali produk pulasan, longan yang istimewa daripada Sarawak, buah-buahan tempatan yang datang daripada Semenanjung dan juga daripada Sabah."

Tahun lalu, pesta itu menempatkan 255 gerai dan mencatat penjualan berjumlah RM8.5 juta (S$2.8 juta). Lebih 89,500 orang mengunjungi Pesta tersebut tahun lalu pada edisi ketiga itu.

Kali ini, FAMA dengan kerjasama penganjur di Singapura, MegaXpress International Pte Ltd menetapkan sasaran jualan RM10 juta (S$3.3 juta), meskipun hanya terdapat 223 gerai. Ini dilakukan dengan menawarkan lebih banyak produk kesihatan dan produk berasaskan pertanian serta produk-produk baru yang lain.

KENALI DESTINASI PERCUTIAN M'SIA MELALUI PERTUNJUKAN SENI DAN GERAI-GERAI MENARIK

"Saya rasa pameran kali ini menawarkan kelainan paling besar dengan komponen-komponen baru," kata Pengarah Urusan MegaXpress International, Hamzah Abdullah.

(Gambar: MegaXpress)

"Misalnya Pelancongan Malaysia di Singapura dengan mengambil 16 gerai dan juga Pahang, tarian-tarian, budaya mereka yang tak pernah kita nampak di Singapura, itu yang kita hendak tonjolkan satu kelainan."

Sementara itu, empat usahawan dari Negeri Sembilan akan turut menyertai ekspo tersebut, dedah Menteri Besar negeri itu, Encik Aminuddin Harun. Bercakap di Seremban hari ini (22 Jul), beliau berkata ini penyertaan sulung kerajaan negeri itu dan antara produk yang diketengahkan termasuklah teh dan kopi berasaskan buah harra, kacang salut, nasi beriani, produk berasakan roselle dan sarang burung walit.

Pesta Malaysia 2019 berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Dewan 6A, Singapore Expo.

Masuk adalah percuma.  

Sumber : BERITA Mediacorp/BERNAMA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan