Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelbagai acara bagi rai ulang tahun ke-10 Bendungan Marina

Sebanyak 10 acara dirancangkan bagi menyambut ulang tahun ke-10 Bendungan Marina, demikian menurut agensi air negara PUB dalam satu kenyataan media hari ini (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai acara bagi rai ulang tahun ke-10 Bendungan Marina

Gambar: PUB

Diterbitkan : 13 Feb 2018 10:54PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 11:11PM

SINGAPURA: Sebanyak 10 acara dirancangkan bagi menyambut ulang tahun ke-10 Bendungan Marina, demikian menurut agensi air negara PUB dalam satu kenyataan media hari ini (13 Feb).

Bermula bulan ini hingga Oktober, acara-acara tersebut diadakan bagi meraikan ulang tahun kolam air pertama Singapura yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar. Ia dibuka rasmi Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 31 Oktober 2008.

Antara acara yang dirancangkan termasuk pameran "di sebalik tabir" yang bakal berlangsung dari 24 Februari hingga hujung Oktober. Pameran itu akan memberi para pengunjung pemahamahan lebih baik tentang pembangunan bendungan itu.

Selain itu, sebuah program seni lukis interaktif juga akan diadakan pada 10 Mac manakala kegiatan-kegiatan seperti yoga dan tarian beramai-ramai serta sukan air diadakan pada 14 April sempena hari "Get Active" untuk menarik penyertaan orang ramai.

Pada 9 Jun pula, berlangsung "maraton wayang gambar" di taman bumbung Bendungan Marina sementara Hari Layang-Layang Singapura, iaitu salah sebuah acara tahunan utama bendungan itu, akan diadakan pada 28 dan 29 Julai. Penggiat layang-layang dari pelbagai negara akan mempamerkan kemahiran mereka pada kedua-dua hari berkenaan.

Acara-acara lain termasuk sambutan Hari Kebangsaan yang menyaksikan bendungan itu bertukar wajah menjadi sebuah "taman permainan besar" dengan siaran langsung perarakan itu ditayangkan di tembok LED.

Malah, sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan kali ini, rakyat Singapura juga boleh berkelah di Bendungan Marina sambil menyaksikan RSAF50 melakukan terbang lintas hormat.

Kemuncak sambutan-sambutan itu akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober dengan bendungan itu sekali lagi diubah menjadi sebuah "kotak seni kecil" dengan gerai-gerai makanan tempatan dan makanan asing, diiringi "irama merdu" dan pertunjukan bunga api.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menikmati satu lawatan bot berpandu khas di sekitar Kolam Air Marina sebagai sebahagian daripada sambutan kemuncak itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan