Pelantar kaca 101 tingkat atas bandar Manhattan bakal dibuka
Satu daya tarikan baru untuk para pelancong di New York, terutamanya bagi mereka yang tidak takut berada di tempat tinggi.
NEW YORK: Satu daya tarikan baru untuk para pelancong di New York, terutamanya bagi mereka yang tidak takut berada di tempat tinggi.
Jika berani, anda boleh cuba berjalan di atas pelantar kaca yang terletak pada ketinggian 100 tingkat bangunan atau bersamaan 1,100 kaki di atas bandar Manhattan.
Diberi nama Edge, ia terletak di kompleks bangunan mewah Hudson Yards. Ia merupakan tempat melihat pemandangan yang terletak di luar bangunan paling tinggi di Amerika.
Dari tempat tersebut, para pengunjung dapat melihat seluruh kawasan Manhattan.
Edge akan dibuka kepada umum pada 11 Mac tahun depan tetapi tiketnya sudahpun mula dijual pada harga antara AS$31 hingga AS$38 (S$42 - S$52).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.