Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelanggan di restoran ini jamu selera dalam kenderaan mereka

Para pelanggan di Malaysia kini boleh menikmati sajian restoran dengan selamat dan selesa dari dalam kenderaan masing-masing. Khidmat tu disediakan sebuah restoran yang menawarkan cara baru bagi pelanggan untuk makan di luar semasa perintah berkurung akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan di restoran ini jamu selera dalam kenderaan mereka

Hidangan disaji di sebuah kereta di Cyberjaya, Malaysia semasa perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 pada 4 Feb 2021. (Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 05 Feb 2021 08:53PM Dikemas Kini : 05 Feb 2021 08:59PM

CYBERJAYA: Para pelanggan di Malaysia kini boleh menikmati sajian restoran dengan selamat dan selesa dari dalam kenderaan masing-masing. Khidmat tu disediakan sebuah restoran yang menawarkan cara baru bagi pelanggan untuk makan di luar semasa perintah berkurung akibat COVID-19.

Sudah masuk minggu keempat Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung peningkatan tinggi jangkitan COVID-19.

Jumlah keseluruhan kes akibat pandemik koronovirus kini mencecah hampir 235,000, dengan 845 kematian dicatatkan.

Di bandar satelit Cyberjaya, yang terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, para pelanggan dilihat memandu masuk ke tempat letak kereta restoran Padi House dan membuat pesanan dari menu yang disediakan melalui tingkap kenderaan.

Setiap set hidangan disajikan atas dulang khas yang boleh dimuatkan di ruang kecil antara tempat duduk pemandu dan roda stereng.

(Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

"Saya bekerja di bank jadi suasana di situ tidak begitu sesuai untuk makan tengah hari. Saya lebih suka makan di luar dan kadang kala, kita perlukan pemandangan baru, jadi saya boleh menikmati makanan saya, walaupun dari dalam kereta," kata Cik Nor Shekin Nor Razali, yang menikmati sajian bersama seorang rakan kerja pada Khamis (4 Feb).

Seperti banyak kedai makan lain di Malaysia, Padi House sudah tidak lagi menyediakan khidmat makan di dalam restoran atau 'dine-in', dan hanya menawarkan perkhidmatan bungkus atau bawa balik makanannya.

Namun, ramai penduduk yang rasa terkongkong apabila mereka tidak dapat meluangkan masa menikmati hidangan di gerai makan kegemaran bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.

Pemilik restoran, Encik Leow Kim Ngan menemui jalan penyelesaian dengan menjadikan kereta pelanggan sebagai ruang makan restoran apabila mereka dihidangkan makanan di dalam kenderaan masing-masing.

Beliau berkata idea menyajikan sajian dalam kenderaan timbul daripada cara makanan dihidangkan di pesawat selepas perniagaannya merosot 80 peratus akibat pandemik COVID-19.

"Masa sekarang amat mencabar dan kami harus memikirkan cara-cara baru untuk menjana pendapatan," kata Encik Leow. 

Sumber : Reuters/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan