Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelancaran iPhone 12 mungkin ditangguh

Setiap bulan September, gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc pada kebiasaannya akan membuat perancangan untuk melancarkan model telefon iPhone yang terkini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancaran iPhone 12 mungkin ditangguh

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 03:04PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 03:06PM

TAIPEI: Setiap bulan September, gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc pada kebiasaannya akan membuat perancangan untuk melancarkan model telefon iPhone yang terkini.

Namun, pelancaran siri telefon bimbit terbaru iPhone 12 dijangka akan ditunda selama dua bulan menyusuli penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan sekumpulan penganalisis dari JPMorgan, situasi sekatan perjalanan akibat pandemik itu yang melanda dunia ketika ini diramal menyebabkan kelewatan pada proses ujian pengesahan dan kejuruteraan produk terbabit.

“Kami percaya penangguhan pelancaran iPhone selama satu hingga dua bulan akan berlaku,” tulis laporan itu merujuk kepada kesan COVID-19 terhadap pelancaran model baru itu yang dijangka diumumkan pada September. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan