Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pek paha ayam beku ini hampir serupa dengan McSpicy

Sudah lebih seminggu sejak kesemua cawangan restoran McDonald's ditutup di seluruh negara sebagai langkah membendung penularan COVID-19 setelah lima kakitangannya diuji positif awal bulan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pek paha ayam beku ini hampir serupa dengan McSpicy

(Gambar: Nadiah Omar/Facebook)

Diterbitkan : 29 Apr 2020 09:24PM Dikemas Kini : 29 Apr 2020 09:28PM

SINGAPURA: Sudah lebih seminggu sejak kesemua cawangan restoran McDonald's ditutup di seluruh negara sebagai langkah membendung penularan COVID-19 setelah lima kakitangannya diuji positif awal bulan ini.

Tentu ada yang merindukan pelbagai sajian makanan segera itu; antara bintang menunya - burger McSpicy tidak terkecuali.

Jika anda teringin memakan burger McSpicy, apa kata anda cuba membuatnya sendiri?

Menurut seorang pengguna Facebook Nadiah Omar, ada pek paha ayam beku yang rasanya lebih kurang sama dengan patti ayam yang digunakan dalam burger McSpicy.

(Gambar: Nadiah Omar/Facebook)

Cik Nadiah berkata beliau sudah mencubanya sendiri dan rasanya enak meskipun tidak sebiji macam McSpicy.

"Paha ayam goreng itu lazat dengan kepedasan cukup rasa dan jus yang tepat," beliau menggambarkan produk beku goreng sendiri itu.

Cik Nadiah membeli pek paha ayam beku 'Fried Boneless Chicken Thigh' dari sebuah gerai daging WET Market Halal di pusat beli-belah Vista Point, Woodlands. Namun, menurutnya, pek itu juga boleh didapatkan secara online di https://newmultifood.com/ bagi mereka yang sukar hendak membuat perjalanan ke sana semasa tempoh 'circuit breaker' ini.

Pek seberat 800 gram itu, yang harga asalnya adalah S$9.00, kini dijual pada harga S$8.50 di laman web tersebut.

Namun, buat masa ini, ia sudah habis dijual. Menurut pengedarnya, New Multifood, stok produk itu akan diisi semula dalam masa beberapa hari akan datang.

Sesetengah laman web turut melaporkan bahawa pasar raya Sheng Siong juga ada memesan produk itu untuk ditawarkan di cawangan-cawangannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan