Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasport S'pura paling berkuasa di dunia, kongsi kedudukan dengan Jepun

Pasport Singapura dan Jepun adalah yang paling berkuasa di dunia, menurut satu ranking pasport sedunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasport S'pura paling berkuasa di dunia, kongsi kedudukan dengan Jepun
Diterbitkan : 04 Jul 2019 01:43PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 07:03AM

NEW YORK: Pasport Singapura dan Jepun adalah yang paling berkuasa di dunia, menurut satu ranking pasport sedunia.

Bagi suku ketiga 2019, terdapat beberapa perubahan pada Indeks Pasport Henley berikutan pelaksanaan dasar-dasar visa baru dari Pakistan dan perkembangan berhubung Brexit.

Sedang Jepun dan Singapura berjaya mengekalkan ranking selama 18 bulan berturut-turut dengan akses bebas visa ke 189 negara, perubahan ketara pada senarai kali ini termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang memasuki indeks 20 teratas buat kali pertama dalam sejarah 14 tahun senarai tersebut.

Sepanjang lima tahun lalu, Henley & Partners menarik perhatian bahawa UAE sudahpun meingkatkan bilangan destinasi tanpa visa kepada dua kali ganda.

Sementara itu, kedua-dua Amerika Syarikat dan UK merosot ke tangga paling bawah sejak 2010 dengan mengongsi kedudukan tempat keenam dalam senarai terbaru.

Kejatuhan kedudukan kedua-dua negara itu terutamanya disebabkan oleh pengecualian mereka dalam program Penguasa Perjalanan Elektronik (ETA) Pakistan yang diperluaskan kepada 50 negara.

Pengunduran hampir pasti UK dari Eropah juga dijangka melemahkan kuasa dan status pasport Britain, menurut para penganalisis.

Dengan akses tanpa visa kepada hanya 25 negara, Afghanistan menduduki tangga terbawah dalam senarai.

Laporan tersebut dikumpulkan daripada data yang disediakan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan mengukur mobiliti sejagat berdasarkan akses bebas visa ke destinasi-destinasi.

Berikut adalah senarai pasport paling berkuasa bagi suku ketiga 2019:

  1. Jepun, Singapura
  2. Korea Selatan, Jerman, Finland
  3. Denmark, Itali, Luxembourg
  4. Perancis, Sweden, Sepanyol
  5. Austria, Belanda, Portugal, Switzerland
  6. Norway, UK, AS, Belgium, Kanada, Greece, Ireland
  7. Malta
  8. Czech Republic
  9. Australia, Iceland, New Zealand, Lithuania
  10. Latvia, Slovakia, Slovenia  
Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan