Pasar malam Chatuchak dari Bangkok 'mendarat' di S'pura awal 2020
Ada berita baik untuk para peminat pasar malam popular di Thailand! Versi pasar malam terkenal Thailand Chatuchak, akan ditempatkan di Bukit Timah awal tahun depan.
SINGAPURA: Ada berita baik untuk para peminat pasar malam popular di Thailand! Versi pasar malam terkenal Thailand Chatuchak, akan ditempatkan di Bukit Timah awal tahun depan.
Mulai 4 Feb hingga 3 Mei, "Chatuchak Night Market" akan ditempatkan di The Grandstand di Turf Club Road. Ia akan menawarkan makanan jalanan, ruang runcit dan perkhidmatan yang ditawarkan kedua-dua peniaga Thailand dan Singapura.
Bagaimanapun, disebabkan hanya terdapat ruang bagi 272 gerai, penganjur Chatuchak SG memberitahu Mediacorp bahawa peniaga dari Thailand akan digantikan setiap minggu dengan setiap kali lebih 50 peniaga diterbangkan ke sini.
Tempat letak kenderaan percuma dan khidmat bas ulang-alik akan disediakan untuk datang ke pasar seluas 40,000 kaki persegi itu.
Ia akan dibuka kepada orang ramai dari pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam dari Selasa hingga Ahad.
Pasar hujung minggu Chatuchak di Bangkok, mengisi ruang sebesar 10 hektar dan mempunyai lebih daripada 15,000 gerai yang dibahagikan kepada 27 bahagian.
Menurut penganjur di Singapura, pasar malam Chatuchak di Singapura itu kali pertama jenama pasar itu diadakan di luar Thailand.
Bagaimanapun, ia bukan pasar malam luar negara yang pertama diadakan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.