Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasar lambak baru bakal hiasi Kampong Glam setiap bulan

Jika anda sering ke Kampong Glam, anda mungkin menyaksikan lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut pada hujung minggu terakhir setiap bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar lambak baru bakal hiasi Kampong Glam setiap bulan

Pasar lambak dipanggil WOW! Bulan akan mula 'pasang khemah' pada 22 hingga 24 Februari ini. (Gambar: RoseValley)

SINGAPURA: Jika anda sering ke Kampong Glam, anda mungkin menyaksikan lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut pada hujung minggu terakhir setiap bulan.

Apa tidaknya, dengan adanya sebuah pasar lambak baru yang bakal diadakan secara bulanan di kawasan Kampong Glam - atau lebih tepat lagi di Baghdad Street - ia dijangka dibanjiri ramai pembeli.

Pasar lambak dipanggil WOW! Bulan itu akan mula 'pasang khemah' pada 22 hingga 24 Februari ini.

WOW! Bulan juga bakal menampilkan lebih 20 gerai pakaian dan aksesori serta gerai menjual makanan-makanan ringan popular. Antara penjual yang akan memasang gerai termasuklah Tudung Abu Dhabi, Grey By Ortenhill, Natalie La Bella, Cloud9 Studio, Broti dan O'Braim.

(Gambar: Broti SG/ Facebook)

Acara anjuran syarikat RoseValley itu diadakan secara tiga hari berturut-turut dari Jumaat hingga Ahad terakhir pada setiap bulan. Tempoh opersai pada hari Sabtu adalah paling panjang, iaitu selama 10 jam!

Pada Jumaat, ia akan beroperasi dari 7.00 malam hingga 11.00 malam; 1.00 petang hingga 11.00 malam pada hari Sabtu; 1.00 petang hingga 9.00 malam pada Ahad.

Pasar lambak WOW! Bulan akan diadakan sehingga Disember ini. Pihak penganjur belum memutuskan sama ada acara itu akan diteruskan pada tahun hadapan.

PAMER SEMANGAT KUKUH IBARAT WAU BULAN

Pengasas bersama RoseValley, Cik Dian Rasid-Heng menjelaskan: "Kami menamakan acara ini WOW! Bulan, yang diilhamkan daripada layang-layang Melayu tradisional ikonik - wau bulan.

"Kami ingin mempamerkan dan mendidik pengunjung tentang keindahan dan semangat masyarakat Melayu di Singapura, yang ibarat wau bulan, tetap terbang tinggi dan utuh meskipun wujud cabaran dan halangan."

(Gambar: RoseValley)

Pelbagai kegiatan dan persembahan juga akan diadakan bagi mempamerkan keindahan dan semangat orang Melayu, kata Cik Dian.

Acara WOW! Bulan turut menyaksikan pengenalan gerakan #SGMalaynnial, iaitu kempen media sosial yang menampilkan golongan milenial Melayu dan kisah-kisah mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan