Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasangan YouTuber kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk sambutan Aidiladha

Pasangan YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ yang kembali memuat naik video di saluran YouTube mereka, berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan YouTuber kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk sambutan Aidiladha

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 09:19AM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 09:30AM

IPOH: Pasangan YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ yang kembali memuat naik video di saluran YouTube mereka, berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia mereka.

M.Sugu, 29, berkata menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

“Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut Hari Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam (28 Jul).

Pasangan suami isteri berkenaan kembali berkongsi video masakan mereka, dengan menu dalca kambing selepas Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari, Sabtu lalu.

Sugu memberitahu Bernama semua video dipadam setelah beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada 21 Julai lalu, namun Pavithra mengakui sudah memaafkan perbuatan suaminya.

Sementara itu, mengenai video baru yang dimuat naik, Sugu berkata beliau dan Pavithra sangat gembira serta tidak menyangka mendapat hampir 3,000 komen dan 100,000 tontonan dalam tempoh lebih tiga jam selepas ia dikongsikan.

“Kami gembira lagi-lagi hampir semua komen itu memberikan kata-kata positif dan semangat kepada kami. Sangat terharu,” kata bapa kepada dua anak berumur dua serta enam tahun.

Antara pengikut pasangan itu yang meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen video berkenaan adalah Zaim Ani yang menyebut : "Akhirnya, anda kembali. Biarkan perkara yang lepas. Kembalikan semua aura anda dan keluarga. Tapi sebenarnya ia lebih menarik seperti kebiasaan video yang ada seluruh ahli keluarga dan anda sebut ‘JOM MAKAN’.

Bagi Rozita Ibrahim, beliau menasihatkan Sugu dan Pavithra agar tidak membenarkan orang luar masuk campur dalam urusan rumah tangga dengan pesanan: “Terus kuat. Keluarga diutamakan. Suka mengikuti masakan anda”.

Jean Khoo pula berkata: “Saya sangat suka anda sudah kembali Akka! Jangan lupa PM (Perdana Menteri) menyokong anda dan anda mempunyai banyak peminat yang menyukai kandungan anda. Tolong jangan berhenti menghasilkan video! Jaga diri!”

Sumber : Bernama/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan