Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pasangan ini jemput kahwin guna video

Anda mungkin pernah menerima kad undangan perkahwinan melalui WhatsApp.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan ini jemput kahwin guna video

Petikan gambar video undangan yang dikongsi melalui media sosial.

Diterbitkan : 18 Aug 2018 09:19AM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 06:00PM

PETALING JAYA: Anda mungkin pernah menerima kad undangan perkahwinan melalui WhatsApp. Bagi sesetengah pasangan, platform itu menjadi wadah yang memudahkan mereka untuk menghebahkan tarikh dan tempat berlangsungnya majlis istimewa mereka.

Bagi Encik Syah Hamizan Mat Darus dan Cik Shakirah Shaharuddin pula, mereka memilih media sosial dan wadah seperti WhatsApp bukan kerana ingin menjimatkan masa. Tidak seperti kad undangan konvensional, mereka menghasilkan satu video untuk mengumumkan tentang hari perkahwinan mereka.

Meski konsepnya ringkas, video undangan pasangan itu menjadi tular di media sosial kerana ramai yang menyifatkannya sebagai satu konsep yang baru dan menarik. Video tersebut mendapat lebih 10,000 tontonan di Twitter sejauh ini.

Dalam video tersebut, Encik Syah dan Cik Shakirah seakan-akan mengutip cebisan kad undangan yang berterbangan di udara. Cebisan kad tersebut akhirnya dicantumkan sehingga membentuk sekeping kad.

Cik Shakirah, 25 tahun, memberitahu mStar bahawa beliau tidak menjangkakan video undangannya akan mejadi tular.

"Agak terkejut sebab tiba-tiba ramai kawan retweet dan sebut dekat Twitter. Saya juga tak sangka boleh sampai beratus-ratus yang retweet," katanya.

Menurut Cik Shakirah, konsep asal video undangan tersebut hasil idea juruvideo bagi majlis perkahwinannya. Ia diberikan secara percuma kerana pasangan itu memilih satu pakej lengkap videografi perkahwinan.

PROSES MUDAH BAGI HASIL KREATIF

Juruvideo mereka, Encik Nasrullah Mohamad Napi berkata beliau mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan video jemputan kahwin itu.

"Proses penggambaran memakan masa selama sejam. Selalunya saya dapat yang susah nak mengarah tapi pasangan ini senang bagi kerjasama... mungkin mereka ada bakat semula jadi," katanya dalam nada berseloroh kepada mStar.

"Pada awalnya, kami tidak yakin dengan hasil video itu. Namun apabila sudah siap, kami berasa puas hati dan sejujurnya ia sangat kreatif," kata Cik Shakirah.

mStar difahamkan video undangan itu dikirimkan kepada beberapa teman rapat dan saudara mara pasangan itu.

"Mereka semua kata cantik, sesuatu yang baru dan menarik. Mereka siap tengok ulang-ulang dan tanya macam mana proses video itu diambil.

"Saya juga muat naik video itu di media sosial sekiranya ada yang saya terlepas pandang nak jemput untuk datang meraikan hari bahagian kami," katanya.

MASIH SUKA KAD JEMPUTAN BIASA

Cik Syakirah selanjutnya berkata bahawa video undangan sememangna kaedah yang mudah dan cepat pada zaman serba moden ini.

"Zaman sekarang memang orang dah pakai media sosial, jadi saya rasa tak jadi masalah kalau nak jemput tetamu menggunakan video.

"Saya fikir video mampu tarik perhatian, kita tengok pun seronok dan sesuatu yang lain daripada kebiasaannya," kata Cik Shakirah.

Meskipun begitu, beliau masih menganggap kad kahwin 'konvensional' masih lagi relevan. "Saya masih lagi hantar kad kahwin seperti biasa kerana ada yang nak simpan hardcopy (salinan keras) sebagai kenangan.

"Jemputan secara soft copy pun saya hantar. Semuanya pilihan masing-masing. Kalau ada orang jemput saya guna video macam tu pun saya suka," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan