Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Paradigm Mall, pusat beli belah terbesar Johor, dibuka

Pusat beli belah itu lebih besar daripada pusat beli belah terbesar Singapura, VivoCity, yang mempunyai kawasan lantai seluas 1.5 juta kaki persegi.

Anggaran Waktu Membaca:
Paradigm Mall, pusat beli belah terbesar Johor, dibuka

Paradigm Mall hanya 20 minit dari Pusat Pemeriksaan Woodlands. (Gambar: Paradigm Mall Johor Baru)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 03:45PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 04:01PM

JOHOR BARU: Pusat beli belah terbesar di negeri Johor dibuka hari ini (28 Nov).

Terletak di Lebuh Raya Skudai, Paradigm Mall JB mempunyai keluasan binaan lebih dua juta kaki persegi dan hanya 20 minit dari Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pusat beli belah itu lebih besar daripada pusat beli belah terbesar Singapura, VivoCity, yang mempunyai kawasan lantai seluas 1.5 juta kaki persegi.

Paradigm Mall JB akan menempatkan pawagam terbesar di negeri tersebut yang dikendalikan syarikat Golden Screen Cinema, pasar raya premium pertama Village Grocer selain gedung serbaneka Parkson, sebagai penyewa utama dengan ruang sewaan sebanyak 200,000 kaki persegi.

Ia juga menandakan cawangan Parkson yang pertama di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

Bagi yang gemar bersukan, pusat beli belah ini juga menempatkan gelanggang luncur ais seluas 20,000 kaki persegi, gimnasium pendakian tertutup Camp5 dan taman papan luncur pertama di Malaysia.

Pusat beli-belah, setinggi enam tingkat itu mempunyai 500 lot runcit dengan jenama ternama seperto H&M, Uniqlo, Harvey Norman, Wendy's, Marrybrown dan Under Armour.

Selain ruang runcit dan beli belah, kompleks itu turut menempatkan apartmen di 24 tingkat dan sebuah hotel empat bintang berkapasiti 296 bilik.

Paradigm Mall, yang juga mempunyai satu lagi pusat beli belah di Petaling Jaya berdekatan Kuala Lumpur, dimiliki syarikat penaju hartanah WCT Holdings.  

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan