Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Para perokok hadapi risiko lebih tinggi bagi angin ahmar berulang

Para perokok yang pernah mengalami angin ahmar besar kemungkinan akan diserang lagi sekiranya mereka tidak berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok, menurut satu kajian di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Para perokok hadapi risiko lebih tinggi bagi angin ahmar berulang

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 18 May 2019 10:31AM Dikemas Kini : 18 May 2019 10:37AM

REUTERS: Para perokok yang pernah mengalami angin ahmar besar kemungkinan akan diserang lagi sekiranya mereka tidak berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok, menurut satu kajian di China.

Sejak kian lama, tabiat merokok dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung dan angin ahmar. Bagaimanapun kajian baru tersebut memberi penjelasan lanjut mengenai bagaimana tabiat merokok mempengaruhi risiko mengalami angin ahmar buat kali kedua.

Seramai 3,069 pesakit angin ahmar terlibat dalam kajian itu,. Daripada jumlah tersebut

1,475, atau 48 peratus masih lagi merokok manakala, sembilan peratus sudah pun berhenti merokok.

Dalam kalangan mereka yang masih merokok, 908, atau 62 peratus berjaya berhenti merokok dalam tempoh beberapa bulan setelah mengalami angin ahmar.

Malah seperti yang dijangkakan, para perokok mempunyai risiko lebih tinggi mengalami angin ahmar buat kali kedua berbanding mereka yang tidak merokok. Ini meskipun mereka berjaya berhenti merokok setelah mengalami serangan angin ahmar yang pertama.

Bagaimanapun, risiko para perokok yang berhenti merokok setelah serangan angin ahmar yang pertama, adalah 29 peratus lebih rendah mengalami serangan kedua berbanding mereka yang masih lagi merokok.

Semua pesakit dalam kajian itu masih lagi hidup sekurang-kurangnya tiga bulan setelah mengalami angin ahmar.

Berbanding dengan mereka yang tidak merokok, para perokok yang menghisap sehingga 20 batang rokok setiap hari, menghadapi risiko 68 peratus lebih tinggi diserang angin ahmar berulang. Manakala, risiko bagi yang merokok lebih 40 batang rokok sehari naik hampir tiga kali ganda. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan