Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pantai Cenang di Langkawi kembali dibanjiri pengunjung

Pantai Cenang, lokasi tumpuan percutian pelancong di Langkawi mula menikmati tempias positif daripada keputusan kerajaan membenarkan pelancongan domestik beroperasi semula seperti diumumkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila ia mula dikunjungi orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pantai Cenang di Langkawi kembali dibanjiri pengunjung

Pantai Cenang, 12 Jun 2020. (Gambar Fail: Agensi berita)

Diterbitkan : 12 Jun 2020 10:13PM Dikemas Kini : 12 Jun 2020 10:18PM

LANGKAWI: Pantai Cenang, lokasi tumpuan percutian pelancong di Langkawi mula menikmati tempias positif daripada keputusan kerajaan membenarkan pelancongan domestik beroperasi semula seperti diumumkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila ia mula dikunjungi orang ramai.

Para pengunjung datang merakam gambar kenangan dan berswafoto bersama ahli keluarga dan rakan di pesisir pantai yang sebelum ini sepi tanpa sebarang aktiviti hampir tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Tinjauan mendapati selain kawasan pesisir pantai, Jalan Pantai Cenang juga meriah dengan aktiviti perniagaan seperti kedai-kedai bebas cukai, gerai dan restoran serta tapak trak makanan dan hotel kembali beroperasi.

Menurut Pengurus Besar Hotel Nadias Damian Luke de Rozario, tempahan bilik hotel tiga bintang di Jalan Pantai Chenang itu mendapat sambutan menggalakkan berikutan pelbagai tawaran harga bilik yang menarik untuk penginapan tiga hari dua malam.

“Tawaran ini sah bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan. Hotel Nadias beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPP menjadi perhatian utama, arahan supaya tetamu hotel patuh SOP diletakkan di hampir semua lokasi strategik di hotel ini,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan