Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Panduan mudah untuk jemaah manfaatkan aplikasi Arab News Hajj

Baru-baru ini, pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan lapan projek termasuk laman Haji Bijak, bagi memperbaiki khidmat haji tahun ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai aplikasi ‘Arab News Hajj’.

Anggaran Waktu Membaca:
Panduan mudah untuk jemaah manfaatkan aplikasi Arab News Hajj
Diterbitkan : 10 Aug 2019 01:28PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 01:33PM

MAKKAH: Baru-baru ini, pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan lapan projek termasuk laman Haji Bijak, bagi memperbaiki khidmat haji tahun ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai aplikasi ‘Arab News Hajj’.

APA ITU APLIKASI ARAB NEWS?

Aplikasi Arab News Hajj adalah sebuah aplikasi telefon bijak percuma yang dicipta untuk membantu para jemaah yang melawat Arab Saudi untuk menunaikan ibadah. Ia menawarkan maklumat dan talian penting yang diperlukan semasa mereka mengerjakan ibadah di sana.

Selain itu terdapat ciri-ciri baru yang menawarkan para jemaah pilihan untuk menghayati ayat-ayat Al-Quran, menggunakan kompas Kiblat dan mengaktifkan pertukaran mata wang untuk memudahkan proses pembayaran.

CIRI-CIRI UTAMA

Pemantau Jemaah: Sekiranya anda sesat, anda tidak perlu cemas. Ciri-ciri ini membolehkan anda untuk menjejaki dan berhubungan dengan rakan-rakan serta keluarga semasa menunaikan ibadah Haji. Setiap pengguna memiliki kod unik yang boleh dikongsi dengan ahli keluarga masing-masing untuk memaklumkan keluarga tentang lokasi mereka.

Maklumat Haji: Segala perkara yang anda perlu tahu mengenai ibadah Haji. Maklumat penting seperti waktu solat dan maklumat cuaca terkini juga boleh didapatkan. Ia juga mempunyai talian-talian kedutaan dan talian lain seperti hotel dan restoran-restoran. Ciri-ciri tersebut juga menunjukkan hospital-hospital, stesen kereta api terdekat dan pintu masuk Masjidil Haram.

Berita Terkini: Para jemaah tidak lagi perlu bimbang mengenai membeli suratkhabar atau memeriksa agensi berita online semasa menunaikan ibadah Haji. Semua berita dan perkembangan terkini akan disertakan dalam ciri-ciri ini.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan