Images
  • chope
    Selama 2 minggu, karya-karya seni Rizman Putra antara 11 artis Singapura yang dipamerkan di Paris. (Gambar: Rizman Putra/Facebook)

Pameran seni bandaran S'pura kini berlangsung di Paris

PARIS: Satu pameran Seni Bandaran Singapura sedang berlangsung di Paris, mengetengahkan hasil karya seni kreatif oleh 11 artis Singapura.

Selama dua minggu akan datang, antara yang dipamerkan di ibu kota Perancis itu termasuklah tema unik tentang Singapura.

Misalnya, menggunakan paket tisu untuk menandakan tempat duduk sebelum makan merupakan sesuatu yang biasa dilihat di Singapura.

Dikenali sebagai "chope", Rizman Putra, seorang artis Singapura, mengambil keputusan untuk membawa idea tersebut sebagai sebahagian daripada pameran galeri seninya.

Pendekatan gurauan itu diambil berdasarkan kehidupan sebenar di Singapura.

"Ia merupakan satu fenomena yang ganjil namun sebagai rakyat Singapura, kita melihatnya sebagai satu norma, ia berlaku pada setiap hari.

"Bagi pengunjung yang datang ke Singapura mereka mendapatinya agak aneh, mereka tidak melakukannya di negara sendiri," kongsi Rizman tentang karyanya itu.

Pelbagai jenis karya dipamerkan, termasuk seni pandang dengar dan realiti maya serta lukisan tradisional. Makanan dan minuman dari Singapura turut dipamerkan.

Encik Iman Ismail, seorang kurator, berkata: "Kita sedang meraikan Singapura. Saya fikir inti pati dan jiwa rakyat Singapura tentu saja melalui seni dan budaya."

Pameran itu merupakan susulan kepada satu kerjasama antara para artis bandaran dari kedua-dua buah negara, dua tahun lalu.

Selain pameran di Paris itu, terdapat juga rancangan untuk membawa acara berkenaan ke Singapura pada tahun depan. 

- CNA/UR/ai

Top