Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran gambar dilancar abadikan budaya penjaja; sokong usaha dapat status UNESCO

Sebuah pameran fotografi bergerak yang bertujuan meningkatkan sokongan orang ramai terhadap usaha Singapura untuk mendapatkan status UNESCO bagi budaya menjaja, dilancarkan pada Sabtu (23 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2019 10:11PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 10:18PM

SINGAPURA: Sebuah pameran fotografi bergerak yang bertujuan meningkatkan sokongan orang ramai terhadap usaha Singapura untuk mendapatkan status UNESCO bagi budaya menjaja, dilancarkan pada Sabtu (23 Mac).

Bersama dengan acara-acara lain yang dianjurkan sejak tahun lalu, usaha tersebut mendapat sambutan dengan lebih 850,000 ikrar dikumpulkan sehingga hari ini.

Hampir 3,000 imej berkualiti tinggi yang mengabadikan pelbagai aspek budaya menjaja diterima bagi satu pertandingan fotografi yang diadakan antara Disember tahun lalu dengan Januari lalu.

Namun daripada jumlah tersebut, hanya empat yang membawa pulang hadiah.

Beberapa gambar termasuk yang menang akan dipamerkan di pameran bergerak itu sehingga 22 April di beberapa perpustakaan. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan