Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran bergerak tampilkan karya seni kulit kering dan kuku artis sendiri

Bayangkan kulit kering dijadikan sebagai bahan pameran dalam sebuah muzium? Pasti pelik tetapi itulah yang menjadi daya ilham seorang artis visual tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bayangkan kulit kering dijadikan sebagai bahan pameran dalam sebuah muzium?

Pasti pelik tetapi itulah yang menjadi daya ilham seorang artis visual tempatan.

Mungkin gambar-gambar dalam buku akan terbawa-bawa hingga ke alam mimpi?

Itulah yang menjadi inspirasi pameran bergerak Encik Ezzam Rahman, seorang artis seni visual, yang sedang berlangsung di Perpustakaan Daerah Woodlands.

Dari jauh, anda dapat melihat katil-katil yang dikaitkan dengan alam mimpi. Namun, apakah yang menarik tentang pameran tersebut?

Jika anda lihat dengan teliti, seekor seranggayang dipaparkan dalam pameran tersebut diperbuat menggunakan kulit kering milik Encik Ezzam sendiri.

Bukan itu sahaja, seekor burung yang didapati dalam pameran itu pula adalah dari bahagian kuku dan kulit kering yang semuanya dikumpul sejak 2016 lagi.

Mengejutkan, bukan?

"Sebagai manusia, kita sentiasa tinggalkan kesan-kesan badan seperti rambut, kulit kering. Jadi, perkara-perkara inilah yang saya ingin ketengahkan yang mungkin agak ganjil kepada masyarakat ramai," jelas Encik Ezzam.

Giat dalam bidang seni sejak usia muda lagi, sebahagian besar pameran tersebut sangat berkait rapat dengan anatomi atau tubuh badan manusia.

Sejak mula berkarya semasa di Kolej Seni Laselle lagi, Encik Ezzam sudahpun berjaya menghasilkan lebih 100 pameran sejauh ini dan beliau kini menyasarkan sekitar 12 pameran seni setiap tahun.

Pengalamannya yang luas dalam bidang seni diiktiraf pada tahun 2015, dengan beliau meraih Anugerah Bakat Muda Presiden.

"Selepas menerima anugerah pada 2015, saya diberi lebih banyak peluang untuk mempamerkan karya-karya saya - dari segi acara perayaan, pameran, di dalam galeri-galeri komersil," ujarnya.

Ezzam Rahman, seorang artis seni visual tempatan. 

Lebih menarik lagi, Encik Ezzam juga merupakan satu-satunya artis Singapura yang menggunakan kulit kering dan kuku sebagai satu wadah untuk karya seni.

Pameran unik ini dibuka kepada orang ramai sehingga 29 September dan akan berpindah ke Perpustakaan Daerah Jurong dari 4 Disember hingga 12 Januari tahun depan.

Ia kemudian akan dibawa ke Perpustakaan Daerah Tampines dari 15 Januari hingga 23 Februari.

Tiada bayaran masuk dikenakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan