Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran baru Star Wars daya tarikan terkini Muzium ArtScience

Star Wars Identities: The Exhibition berlangsung dari 30 Jan-13 Jun, memaparkan hampir 200 barangan asli dari francais itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran baru Star Wars daya tarikan terkini Muzium ArtScience

(Gambar: Lucasfilm)

Diterbitkan : 07 Jan 2021 03:28PM Dikemas Kini : 07 Jan 2021 03:34PM

SINGAPURA: Satu lagi pameran menarik bagi peminat A Galaxy far, far away bakal ditampilkan di Muzium ArtScience di Marina Bay Sands.

Star Wars Identities: The Exhibition akan diadakan dari 30 Januari hingga 13 Jun, persinggahan terakhir dalam siri jelajah dunia pameran tersebut.

Para peminat boleh melihat dengan lebih dekat hampir 200 barangan asli dari arkib Lucas Museum of Narrative Art, termasuk 'prop' asli, model, kostum dan seni lukis dari trilogi asal Star Wars, filem-filem prekuel, siri animasi Star Wars: The Clone Wars dan filem Star Wars: The Force Awakens.

Ini bermakna Grogu (Baby Yoda) dari siri The Mandalorian tidak akan 'hadir'. Yang ada hanya Yoda yang 'original'.

Anda juga boleh melihat dengan lebih dekat Darth Vader, R2-D2, BB-8, Chewbacca, Boba Fett dan beberapa askar Stormtrooper. Terdapat juga model Millennium Falcon dan Star Destroyer, serta gambar konsep awal, papan cerita dan reka bentuk kostum untuk menunjukkan proses kreatif pembuatan filem.

Selain berpeluang mencuci mata, pengunjung juga boleh melakukan "pencarian identiti" interaktif - menggunakan gelang RFID - di mana mereka boleh mengetahui siapa diri mereka dalam galaksi Star Wars sambil mengetahui lebih lanjut mengenai watak-watak yang digemari ramai.

"Star Wars Identities menggunakan karya seni asli dari kisah epik angkasa lepas untuk meneroka identiti manusia dengan cara yang inovatif. Apabila pengunjung memulakan penerokaan dalam pameran ini, kami menggalak mereka untuk merenungkan motivasi dan kekuatan yang membentuk siapa diri kita sebagai individu,” kata Honor Harger, pengarah eksekutif Muzium ArtScience, Marina Bay Sands, dalam kenyataan medianya.

Tiket mula dijual pada 15 Jan di kaunter tiket Marina Bay Sands dan secara online. Harga bermula dari S$20. Para pengunjung dinasihatkan supaya membeli tiket secara online sebelum menuju ke pameran tersebut disebabkan oleh had yang ditetapkan bagi kapasiti lokasi. Baucar SingapoRediscovers boleh ditebus untuk lawatan ke mana-mana pameran Muzium ArtScience. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan