Images
  • vitamin c file shot
    Gambar hiasan makanan tambahan Vitamin C dilarutkan dalam air (Gambar: Pixabay/ivabalk)

Pakar pemakanan saran Vitamin C diambil secara berkala setiap hari

JAKARTA: Vitamin C dalam sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil secara berkala kerana ia larut dalam air dan tidak diserap tubuh, kata Ketua Persatuan Pakar Pemakanan Sukan Indonesia (ISNA) Dr Rita Ramayulis.

Menurutnya, sisa daripada kandungan vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan apabila individu membuang air kecil, sehingga kandungan yang diperlukan setiap hari dipenuhi.

"Justeru sumber pemakanan Vitamin C harus diambil pada waktu pagi, siang dan malam supaya ia dapat dibahagikan dengan baik.

"Tidak cukup sekadar makan Vitamin C sekali dalam seminggu," kata Dr Rita dalam satu webinar kesihatan pada Selasa (4 Mei).

Menurut pakar pemakanan itu, Vitamin C serta zat besi, zink dan Vitamin A adalah 'penjaga' sistem daya keimunan yang berfungsi memastikan tubuh tetap kuat terutama sekali di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Tanpa para 'penjaga' itu, sel-sel daya keimunan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Para individu dianggarkan perlu mengambil kira-kira 90 miligram dos Vitamin C setiap hari.

Vitamin C mempunyai peranan penting untuk menjaga keadaan tubuh seperti melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas, iaitu salah satu komponen utama dalam pembentukan kolagen tubuh.

Pakar pemakanan itu juga menyarankan pemakanan dengan gizi seimbang supaya tubuh kekal sihat.

- ANTARA/HA/ha

Top