Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Orchard Road akan berwajah baru sebagai destinasi gaya hidup

Orchard Road akan menjalani pembaharuan menjadi bukan sekadar tempat membeli-belah yang popular sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2019 09:21PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 09:27PM

SINGAPURA: Orchard Road akan menjalani pembaharuan menjadi bukan sekadar tempat membeli-belah yang popular sahaja.

Semasa merasmikan sebuah Hab Fesyen pada Rabu (30 Jan), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengumumkan rancangan untuk mengubah wajah Orchard Road menjadi satu destinasi gaya hidup.

Pelan tersebut merangkumi pembangunan pelbagai guna masa depan di Laluan MRT Thomson-East Coast dan Stesen Pertukaran Orchard.

Pihak berkuasa juga merancang untuk menghubungkan satu bahagian pejalan kaki Orchard Road dengan taman-taman menghijau di Taman Istana, Dhoby Ghout dan kawasan terbuka di Plaza Singapura.

Dengan rombakan itu jalan-jalan di kawasan berkenaan akan terbahagi kepada empat zon: Tanglin, Orchard, Somerset dan Dhoby Ghaut.

Setiap satu akan mempunyai tema khusus dan menawarkan pengalaman yang berlainan.

Ia akan menjadikan seluruh kawasan tersebut sebagai sebuah koridor bandar menghijau dengan lebih banyak tanaman dan bunga-bunga yang mengindahkan lagi pemandangan sekitaran.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan