Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Old Chang Kee jual epok-epok khas bercorak seragam tentera sempena Hari SAF

1 Julai adalah Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang diraikan di seluruh negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Old Chang Kee jual epok-epok khas bercorak seragam tentera sempena Hari SAF

(Gambar: Instagram/Old Chang Kee)

SINGAPURA: 1 Julai adalah Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang diraikan di seluruh negara ini.

Sempena hari istimewa itu dan sebagai tanda penghargaan kepada para anggota tentera yang berkhidmat untuk melindungi Singapura, Old Chang Kee melancarkan edisi istimewa epok-epok kentang yang bercorakkan seragam tentera, menurut catatan Facebooknya pada Isnin (29 Jun).

Jika anda sudah terbiasa dengan warna kulit epok-epok kentang Old Chang Kee, pasti anda terkejut dengan 'Camou Puff' ini yang berwarna hijau dan hitam, serupa dengan corak seragam yang dipakai para anggota tentera.

Meskipun rupanya sedemikian rupa, Old Chang Kee memberi jaminan menerusi catatannya bahawa rasanya tetap sama dengan epok-epok kentangnya yang padat dengan kentang, kari, daging ayam dan telur.

Epok-epok 'Camou Puff' itu boleh dibeli pada harga S$1.60 setiap satu dan S$3.00 untuk setiap pembelian dua epok-epok di cawangan-cawangan terpilih Old Chang.

Ia dijual hanya pada 1 Julai 2020.

Berikut adalah senarai cawangannya:

1. Stesen MRT Aljunied
2. Stesen MRT Ang Mo Kio
3. Hab AMK
4. Bedok Mall
5. Bukit Merah
6. Bukit Panjang
7. Terminal 3 Lapangan Terbang Changi
8. Causeway Point
9. Clementi Mall
10. Compass One
11. Stesen MRT Chua Chu Kang
12. Far East Plaza
13. Heartland Mall
14. Hougang Mall
15. IMM
16. ION Orchard
17. Junction 8
18. Jurong Point
19. Stesen MRT Kallang
20. Stesen MRT Kembangan
21. LOT1
22. NEX
23. Northpoint City
24. Novena Square
25. FairPrice Hub
26. Parkway Parade
27. Paya Lebar Square
28. Paya Lebar Quarter
29. 19 Mackenzie Road
30. Simei MRT
31. SPC Punggol
32. Sun Plaza
33. Tiong Bahru Plaza
34. Stesen MRT Tampines
35. Hab Toa Payoh
36. Hab Tampines Kita
37. Vivo City
38. West Mall
39. Whitesands
40. Waterway Point
41. Yewtee Point 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan