Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU lancar makmal kaji penyakit kronik dalam kalangan rakyat S'pura

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (18 Jun) melancarkan beberapa pusat penyelidikan dan makmal baru untuk mengkaji penyakit-penyakit kronik yang menjejas rakyat Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 04:14PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 09:05PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (18 Jun) melancarkan beberapa pusat penyelidikan dan makmal baru untuk mengkaji penyakit-penyakit kronik yang menjejas rakyat Singapura.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor merasmikan Makmal Kesihatan Penduduk dan Masyarakat yang terletak di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) di kampus Novena.

Makmal-makmal tersebut menempatkan pelbagai pusat bagi menangani keprihatinan kesihatan rakyat Singapura termasuk rawatan berkesan, pencegahan awal dan pengurusan kesihatan.

Dr Khor turut menarik perhatian terhadap pentingnya mengurus kesihatan penduduk, memandangkan demografi yang kian berubah.

"Menjelang 2030, kami menjangkakan bilangan warga tua yang berusia 65 tahun dan ke atas akan bertambah menjadi 900,000. Dengan lebih ramai lagi yang hidup lebih lama, penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis naik secara mendadak," kata beliau.

Dr Khor menambah bahawa terdapat 'keperluan mendesak' untuk berkembang menjangkaui pengurusan penyakit bagi memperbaiki kesihatan penduduk Singapura.

"Pelancaran Makmal Penduduk dan Masyarakat LKC Medicine tepat pada masanya sedang Singapura berusaha membuat persiapan bagi penduduk yang pesat menua," kata beliau. "Kajian yang dijalankan di makmal-makmal ini akan memperbaiki usaha pencegahan dan pengurusan penyakit kronik dan dan membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat bagi tempoh lebih lama." 

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan