Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nikmati salji, bergambar dengan dinosaur di Lapangan Terbang Changi

Walaupun anda tidak dapat ke luar negara untuk bercuti hujung tahun ini, jangan gusar.

Anggaran Waktu Membaca:
Nikmati salji, bergambar dengan dinosaur di Lapangan Terbang Changi

(Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 03:12PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 03:15PM

SINGAPURA: Walaupun anda tidak dapat ke luar negara untuk bercuti hujung tahun ini, jangan gusar.

Masih banyak lagi sebab untuk anda dan keluarga ke Lapangan Terbang Changi untuk menghiburkan hati dengan pelbagai daya tarikan dan kegiatan menarik di sana.

Semua kegiatan menarik di lapangan terbang itu malah sudah bermula sejak Khamis (19 Nov) lagi dan akan berlangsung sehingga 3 Januari.

FOREST VALLEY DI JEWEL

Suasana Krismas tidak akan terasa tanpa pokok Krismas.

Di Shiseido Forest Valley di Jewel, sudah didirikan sebatang pokok krismas setinggi 16 meter.

Setiap jam, salji akan turun menghujani taman-taman dalam Jewel. Suasananya cukup meriah dan menakjubkan.

(Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

'SELFIE' DENGAN DINOSAUR

Dinosaur berada di mana-mana anda pergi.

Begitulah keadaannya bila anda berada di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Terdapat sembilan dinosaur termasuk T-rex. Apa lagi, keluarkan telefon bimbit anda dan ambillah 'selfie' dengannya.

Malah, dinosaur juga menanti anda di Terminal 4, dengan daya tarikan bertemakan dinosaur seperti Dino Bounce di mana anak-anak kecil boleh bermain lompat-lompat sepuas hati mereka.

Bagi yang ingin bermain lumba kereta, anda boleh mencuba Dino Kart dan memandu kereta go-kart selaju 24 kilometer sejam.

(Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Selain itu, mulai 3 Disember, satu pesta bertemakan dinosaur - iaitu yang pertama di Singapura - bakal menawarkan 50 gerai makanan, barangan serta kegiatan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati anda.

SALJI DI SINGAPURA

Apa kata anda keluarkan pakaian musim sejuk daripada almari dan bawa ke Lapangan Terbang Changi untuk bermain salji.

Datang sahaja ke rumah salji dua tingkat yang dipanggil tokidoki Snow Holiday, di Dewan Pelepasan Terminal 3.

Anda boleh membangunkan orang-orang salji atau 'snowman', menggunakan salji yang tulen, bukan olok-olok.

Anda juga boleh bermain gelongsor salji sepanjang 12 meter.

(Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Para peminat tokidoki boleh melihat secara dekat Air tokidoki, yang mempamerkan model pesawat dengan tempat duduk asli pesawat Boeing 777-200 di besmen 2 Terminal 3.

CUTI PERKHEMAHAN

Kenali lebih dekat Lapangan Terbang Changi menerusi perkhemahan dua hari satu malam, yang termasuk pengalaman di balik tabir lapangan terbang, bengkel membuat kraftangan dan tidur dalam khemah atau 'glamping' di Jewel.

(Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Terdapat juga program semalaman yang termasuk tiket ke Changi Experience Studio dan Canopy Park serta untuk bermalam di studio tersebut.

Jika anda tidak mahu tidur semalaman anda boleh memilih mengkuti program-program dan bengkel siang hari.

Lihat senarai kegiatan yang boleh anda ikuti di pautan ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan