Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nike dedah koleksi pakaian renang baru Victory; sesuai untuk Muslimah

Jenama sukan Nike mendedahkan hijab renang pertamanya sebagai sebahagian daripada koleksi pakaian renang Nike Victory yang datang dalam empat helai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Nike dedah koleksi pakaian renang baru Victory; sesuai untuk Muslimah

Koleksi pakaian renang Nike Victory. (Gambar: nikewomen/Instagram)

Diterbitkan : 15 Dec 2019 08:05PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 08:07PM

NEW YORK: Jenama sukan Nike mendedahkan hijab renang pertamanya sebagai sebahagian daripada koleksi pakaian renang Nike Victory yang datang dalam empat helai.

Diilhamkan daripada respons positif para atlit terhadap hijab sukan pertama seumpamanya oleh jenama itu, Nike Pro Hijab, pereka fesyen Nike mencipta sebuah koleksi baru yang menggabungkan inovasi prestasi Nike dengan reka bentuk pakaian renang sopan.

Selepas bercakap dengan para atlit daripada pelbagai latar masyarakat, pereka fesyen Nike menyedari bahawa golongan atlit wanita yang ingnkan kedua-dua kesopanan dan pergerakan mudah berdepan pilihan yang terhad.

Para atlit mengadu koleksi sedia ada sama ada tidak menawarkan perlindungan yang dimahukan atau kekurangan fungsi; hijab tidak kekal terletak, pakaian longgar akan menyeret dalam air lantas memberi kesan ke atas kelajuan dan prestasi.

Koleksi tersebut tidak hanya termasuk hijab renang New Victory malah juga sut renang perlindungan penuh Nike Victory Full-Coverage dan dua pakaian renang berasingan - baju Nike Victory Swim Tunic serta seluar Nike Victory Swim Leggings.

Kesemua helai pakaian itu diperbuat daripada fabrik kait lungsin, menjadikan koleksi baru tersebut ringan, fabrik lut udara untuk kulit dan cepat kering sementara UPF 40+ pula menawarkan perlindungan matahari buat para perenang di tempat terbuka.

Sut renang Nike Victory Full-Coverage dan baju Nike Victory Swim Tunic juga mempunyai coli sukan dengan sokongan tambahan manakala hijab renang direka dengan saku jejaring bersepadu yang membuatkan rambut kekal rapi semasa di dalam air.

Koleksi pakaian renang Nike Victory akan ditawarkan pada 1 Februari 2020 di nike.com dan beberapa peruncit terpilih di seluruh dunia.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan