Images
  • kerapu
    Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan kerapu gergasi seberat 241 kg. (Gambar: BERNAMA)

Nelayan tangkap ikan kerapu 241kg!

LABUAN: Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan kerapu gergasi seberat 241 kilogram setelah bertarung hampir setengah jam di perairan Semarang.

Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Encik Rosli, seorang tauke mi ikan membeli ikan tersebut, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang, pada harga RM13,255 (S$4,400).

Encik Rosli berkata nelayan berkenaan, yang menjual sumber laut kepada para penjual ikan tempatan, menangkap ikan gergasi itu menggunakan joran dan kekili (reel) di kawasan perairan berhampiran pelantar minyak Sumandak Charlie beberapa hari lalu.

Nelayan itu kemudian membawa hasil penangkapannya ke pasar basah Labuan pada Rabu (6 Feb).

Perairan Semarang dekat Labuan sangat popular dengan aktiviti menangkap ikan di laut dalam.

- BERNAMA/AQ/aq

Top