Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

NATAS tunda pameran wisata; bimbang virus korona jejas sambutan

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Kebangsaan Singapura (NATAS) memutuskan untuk menangguhkan pameran pelancongan yang pada awalnya dijadual berlangsung pada bulan ini, di tengah-tengah kebimbangan penularan virus korona baru dari Wuhan akan menjejas sambutan orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
NATAS tunda pameran wisata; bimbang virus korona jejas sambutan

Pameran wisata NATAS (Gambar: Facebook/NATAS)

Diterbitkan : 04 Feb 2020 04:08PM Dikemas Kini : 04 Feb 2020 04:16PM

SINGAPURA: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Kebangsaan Singapura (NATAS) memutuskan untuk menangguhkan pameran pelancongan yang pada awalnya dijadual berlangsung pada bulan ini, di tengah-tengah kebimbangan penularan virus korona baru dari Wuhan akan menjejas sambutan orang ramai.

Pameran NATAS Travel 2020, yang sepatutnya berlangsung di Singapore Expo dari 21 hingga 23 Feb, kini ditunda sehingga antara 1 dengan 3 Mei.

Ini kerana para peserta pameran prihatin terhadap sambutan orang ramai, kata Presiden NATAS Steven Ler dalam kenyataannya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa permintaan untuk NATAS menimbangkan "pameran yang lebih kecil" pada Februari. Menurut Encik Ler, NATAS akan "memantau tahap minat” terhadap usulan itu dan menimbangkan dengan sewajarnya.

NATAS menganjurkan dua pameran wisata secara besar-besaran setiap tahun; satu pada Februari atau Mac dan satu lagi pada Ogos atau September. Menurut lamannya, pameran NATAS biasanya berjaya menarik lebih 110,000 pengunjung setiap tahun.

Sekitar 90 peserta pameran, dari agensi-agensi pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan dan hotel-hotel dijangka mengambil bahagian dalam pameran bulan ini.

Salah satu daripadanya ialah Dynasty Travel, yang bersetuju bahawa pameran itu harus ditangguhkan.

Memandangkan keadaan serba tidak menentu sekarang, pemain industri seperti Dynasty Travel sudah mula mengurangkan perbelanjaan bagi pengiklanannya. Penundaan pameran NATAS itu juga akan membantu untuk menjimatkan perbelanjaan yang tidak perlu, tambah pengarah perhubungan awam, Alicia Seah.

Menganjurkan acara itu pada Mei lebih munasabah, kata Cik Seah kepada Mediacorp.

"Kami berharap keadaan akan kembali stabil pada masa itu dan para pelancong lebih bersedia untuk membuat tempahan bagi separuh kedua 2020."

LAPORAN BERKAITAN:

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan