Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Napercise, 'senaman' unik yang anda 'mimpikan' selama ini

Mimpi anda sudah menjadi nyata! Kini, tidur dianggap sebagai senaman. Malah, senaman itu mempunyai nama khas iaitu 'Napercise'.

Anggaran Waktu Membaca:
Napercise, 'senaman' unik yang anda 'mimpikan' selama ini

Petikan skrin David Lloyd Clubs/Youtube.

Diterbitkan : 12 Dec 2017 07:56PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:08PM

LONDON: Mimpi anda sudah menjadi nyata! Kini, tidur dianggap sebagai senaman. Malah, senaman itu mempunyai nama khas iaitu 'Napercise'.

Di sebuah gim di bandar Sidcup, London, para pelanggan tidak perlu angkat besi ataupun lari di treadmil untuk Napercise. Sebaliknya, mereka hanya datang pada sekitar tengah petang, pergi ke katil masing-masing dan tidur selama 45 minit.

Menurut syarikat kesihatan David Lloyd Clubs, sesi senaman yang diterajuinya itu disasarkan untuk para ibu bapa bagi "mencergaskan minda mereka, memperbaiki 'angin' mereka dan juga membakar kalori".

Sekiranya berhasil, syarikat tersebut berhasrat untuk melaksanakan idea berkenaan kepada cawangan-cawangan mereka di merata negara.

"Berdasarkan kajian kami, 86 peratus daripada golongan ibu bapa mengaku bahawa mereka mengalami keletihan iaitu jumlah yang sangat tinggi jika anda mempertimbangkan peranan tidur malam yang baik dalam kesejahteraan mental dan fizikal kami," kata seorang jurucakap syarikat itu kepada Huffington Post.

Pakar tidur, Cik Kathryn Pinkham pula memberitahu The Independent bahawa sesi senaman sedemikian boleh mendatangkan kesan-kesan yang positif.

"Selain risiko yang lebih tinggi mengalami keresahan ataupun tekanan disebabkan kekurangan tidur, kami juga kekurangan tenaga untuk bersenam dengan lebih kerap dan kekurangan pemikiran yang jelas untuk membuat pilihan makanan yang baik sekaligus membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikal kami buat jangka panjang," katanya.

Bagaimanapun, Profesor Jim Horne, seorang pakar sains neurologi pula berpendapat sebaliknya. Dalam wawancara dengan Telegraph, beliau berkata: "Tidur sekejap selama 45 minit terlalu lama. Tidur sekejap memanfaatkan tetapi hanya apabila ia antara 15 hingga 20 minit. Selepas 20 minit, badan anda mula mendalami tidur anda dan apabila anda bangun, anda rasa terhuyung-hayang dan berat."

Mungkin, persoalannya adalah adakah anda sanggup bayar untuk menghadiri sebuah sesi senaman hanya untuk tidur selama 45 minit?

Satu lagi persoalan ialah, itu senamankah? 

Sumber : Agensi berita/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan