Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nafas berbau mungkin tanda masalah usus

Pernahkah anda mendapati nafas anda berbau kurang menyenangkan, meskipun setelah memberus gigi dan berkumur-kumur menggunakan cecair pembersih mulut? Jika 'ya', anda mungkin ingin mendapatkan nasihat kesihatan, kerana ia mungkin petanda penyakit gastro-usus.

Anggaran Waktu Membaca:
Nafas berbau mungkin tanda masalah usus

(Gambar: Pixabay/Bryan Rockpunk)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 08:52AM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 08:53AM

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda mendapati nafas anda berbau kurang menyenangkan, meskipun setelah memberus gigi dan berkumur-kumur menggunakan cecair pembersih mulut? Jika 'ya', anda mungkin ingin mendapatkan nasihat kesihatan, kerana ia mungkin petanda penyakit gastro-usus.

Menurut laporan BH Online, ini berpunca daripada refluks asid (acid reflux) - sepatutnya berada dalam perut, yang naik ke esofagus atau saluran makanan hingga menyebabkan rasa pedih hulu hati dan seterusnya naik ke tekak dan mengeluarkan bau busuk ketika seseorang sendawa.

Konsultan Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Shanthi Palaniappan memberitahu BH Online, selain itu kehadiran bakteria di dalam perut dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori) juga boleh menyebabkan penyakit berkenaan.

“Bakteria ini merosakkan lapisan mukus yang melindungi perut dan duodenum. Pendedahan jangka panjang kepada jus berasid akhirnya boleh mengakibatkan gastritis dan ulser," kata Dr Shanthi seperti ditukil BH Online.

“H pylori boleh tinggal lama dan menyebabkan seseorang akan mengalami sakit perut. Kadang kala H pylori ini tiada simptom, namun kehadirannya boleh menyebabkan mulut berbau dan perut kembung".

Beliau menambah, ramai kurang sedar tentang H pylori meskipun bakteria ini boleh menyebabkan banyak masalah.

“Jika tidak dikawal bakteria ini boleh menyebabkan gastrik, ulser dalam perut malah kanser perut , dan dikenal pasti satu daripada punca mulut berbau. Makanan juga boleh menyebabkan mulut berbau seperti bawang putih dan bawang merah,” beliau menerangkan.

SAKIT TONSIL, RESDUNG BOLEH BUAT MULUT BERBAU

Dr Shanthi menambah, punca-punca lain mulut berbau termasuk karang gigi, masalah gusi, sakit tonsil dan sinus pada hidung.

“Amalan menghisap rokok juga boleh mengakibatkan mulut berbau kerana tembakau boleh menyebabkan mulut kering,” katanya seperti ditukil BH Online.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan