Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Muzium Louvre dibuka semula setelah ditutup 16 minggu akibat COVID-19

Muzium terkemuka dunia, Louvre di ibu kota Perancis, dibuka semula pada Isnin (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Louvre dibuka semula setelah ditutup 16 minggu akibat COVID-19

(Gambar: AFP/THOMAS SAMSON)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 09:09PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 09:13PM

PARIS: Muzium terkemuka dunia, Louvre di ibu kota Perancis, dibuka semula pada Isnin (6 Jul).

Bagaimanapun,hampir sepertiga galerinya masih ditutup kepada pengunjung.

Muzium yang terletak dalam bekas istana raja Perancis itu menanggung kerugian besar lebih 40 juta euro (S$63 juta) dalam bentuk penjualan tiket sejak ia ditutup hampir empat bulan akibat COVID-19.

Pengarahnya Jean-Luc Martinez akur kesan pandemik itu akan terus menjejas jumlah pengunjung buat beberapa tahun lagi.

Meskipun sebahagian besar tarikan utama muzium itu seperti potret "Mona Lisa" dan koleksi barang antiknya yang luas masih boleh diakses, galeri lain di mana jarak selamat lebih sukar dilaksanakan akan tetap ditutup.

Pengunjung juga tidak akan dibenarkan berkerumun di depan karya Leonardo da Vinci itu untuk berswafoto, dengan tanda pada lantai ditetapkan bagi memastikan mereka akur dengan langkah jarak selamat.

Untuk mengelakkan kesesakan pula, pengunjung perlu berjalan mengikut laluan yang ditandakan, dengan mereka tidak dibenarkan untuk berpatah balik.

Kira-kira 70 peratus daripada 9.6 juta pelawat Louvre tahun lalu adalah pelancong dari luar negara, dan dengan perniagaan pelancongan tergantung, Encik Martinez memberitahu AFP bahawa jumlahnya boleh menjunam dengan mendadak.

"Kami kehilangan 80 peratus pengunjung," katanya.

Muzium tersebut berharap dapat menarik lebih ramai pengunjung dalam negeri untuk mengisi kekosongan itu sedang ia memulakan kempen untuk merubah imejnya sebagai daya tarikan elit sebelum penganjuran Olimpik Paris dalam masa empat tahun.

Sumber : AFP/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan