Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Musim perayaan hujung tahun boleh cetuskan kemurungan, isu kesihatan mental

Di tengah-tengah musim perayaan dan suasana pesta dengan ruang media sosial dipenuhi gambar-gambar majlis keramaian, mungkin ada sesetengah individu yang tidak mahu ikut serta dalam sambutan itu, kata para pakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Musim perayaan hujung tahun boleh cetuskan kemurungan, isu kesihatan mental

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 01 Jan 2020 10:44AM Dikemas Kini : 01 Jan 2020 10:47AM

SINGAPURA: Di tengah-tengah musim perayaan dan suasana pesta dengan ruang media sosial dipenuhi gambar-gambar majlis keramaian, mungkin ada sesetengah individu yang tidak mahu ikut serta dalam sambutan itu, kata para pakar.

Di samping gejala ‘takut ketinggalan’ yang tercetus ketika musim percutian, para pakar berpendapat bahawa isu kesihatan mental mungkin boleh berlaku semasa musim perayaan, terutama sekali dalam kalangan mereka yang mengalami kemurungan berkaitan kesunyian atau kecelaruan personaliti pinggiran, menurut para pakar.

Di sesetengah negara, musim cuti hujung tahun sebegini akan menyaksikan sejenis kemurungan yang dipanggil kecelaruan afektif bermusim (SAD) atau kemurungan bermusim, lazimnya tercetus akibat kurang pendedahan kepada cahaya matahari buat tempoh yang lama seperti semasa musim luruh dan musim sejuk.

Para pakar bagaimanapun mengatakan bahawa gangguan seperti itu mungkin tidak dapat dilihat di Singapura, di mana terdapat cahaya matahari sepanjang tahun. Encik Gifford Chan, pakar psikologi klinikal di Mind Care Therapy Suites mengatakan bahawa: "Malah, musim hujan di sini juga tidak menghalang kita daripada terdedah kepada cahaya matahari sehingga menyebabkan kemurungan bermusim.”

Namun, tekanan untuk bersikap riang dan terlibat sama dalam kegiatan beramai-ramai semasa musim perayaan mungkin menjadi sesuatu yang terlalu sulit bagi sesetengah orang, menurut kaunselor swasta, James Leong.

Profesor Madya John Wong, ketua dan konsultan kanan Jabatan Perubatan Psikologi di Hospital Universiti Nasional (NUH) menarik perhatian bahawa perbezaan antara apa yang individu ada dan tidak ada seperti wang dan hadiah mungkin memainkan peranan semasa tempoh itu.

"Selain daripada aspek kebendaan, terdapat juga perasaan gembira daripada menghadiri majlis keramaian dan perayaan dibandingkan dengan perasaan sedih kerana terpinggir akibat dilupakan atau disisirkan,” katanya.

Beliau menambah, hal itu bertambah teruk dengan adanya wadah media sosial yang meningkatkan kesedaran tentang apa yang dimiliki dan apa yang tidak.

JUMLAH ORANG MEMINTA BANTUAN

Cik Wong Ying Li, Ketua Jabatan Belia di Pusat Perkhidmatan Keluarga Fei Yue mengatakan bahawa beliau turut menyaksikan peningkatan pada jumlah golongan muda yang meminta bantuan semasa musim cuti, lazimnya bagi masalah hubungan, isu sosio-emosi dan sebab-sebab berkaitan pelajaran.

Perasaan khuatir ketinggalan di majlis-majlis keramaian menjadi sebab utama mengapa ramai yang masih menghadirinya, meskipun ia boleh menyebabkan rasa terpinggir.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan